• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Panggil Pengendali Syarikat Bas Dipandu Laju

oleh Ahmad Albab
21/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memanggil 15 syarikat pengendali bas ekspres yang didapati paling banyak melakukan kesalahan memandu laju sepanjang tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata memandu laju masih menjadi kesalahan utama yang dilakukan pemandu bas terutamanya pada musim perayaan, meskipun diketahui berisiko mendatangkan kemalangan.

“SPAD juga bekerjasama dengan pemegang konsesi lebuh raya bagi mendapatkan maklumat kesalahan yang dilakukan oleh pemandu bas serta lori dengan setakat ini, sebanyak 30 hingga 40 kes telah diambil tindakan hasil aduan syarikat lebuh raya.

“Untuk kesalahan memandu laju, SPAD akan memberi nasihat atau mengambil tindakan yang dirasakan perlu kepada pemandu dan pemilik syarikat bas itu,” katanya kepada pemberita selepas menyertai pemeriksaan di Terminal Sentral Kuantan di sini, hari ini.

Che Hasni memberitahu bahawa SPAD juga akan meningkatkan penguatkuasaan termasuk menyamar sebagai penumpang bagi memastikan pemandu bas ekspres mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai membantu dengan menyampaikan maklumat berkaitan kesalahan yang dilakukan pemandu bas kerana tindakan itu boleh meningkatkan kesedaran pemandu selain mengurangkan risiko kemalangan. – BERNAMA

Tags: SPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd