• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sikap Gemar Berlengah Punca Ramai Tak Letak Penama

oleh Ahmad Albab
24/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Segelintir rakyat Malaysia gemar melengah-lengahkan pelbagai  urusan dan sering memilih untuk menyelesaikan sesuatu perkara pada saat akhir.

Sikap berkenaan dapat dilihat saban tahun apabila tiba tarikh akhir untuk menghantar penyata cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Juga, tindakan menukar kad pengeluaran wang automatik (ATM) kepada kad debit  pada saat akhir sehingga menyebabkan kesesakan di beberapa bank menjelang akhir tahun lepas.

Sikap gemar berlengah juga dipercayai salah satu faktor menyebabkan hanya empat juta daripada 14 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada masa ini yang meletakkan penama bagi caruman mereka.

Perancang harta Prudential Assurance Malaysia Bhd, Nor Liza Ahmad berpandangan kesedaran masyarakat Malaysia mengenai pengurusan harta yang rendah dan kurangnya sikap melakukan segera untuk  menguruskan aset menyebabkan hanya empat juta pencarum KWSP meletakkan penama masing- masing.

“Semua individu termasuklah pencarum KWSP perlu menganggap soal ke mana harta dan wang masing-masing disalurkan apabila mereka tiada kelak sebagai satu perkara penting.

“Semua pihak perlu sedar bahawa apabila berlaku kematian keseluruhan harta milik seseorang individu akan dibekukan sebelum dicairkan semula bagi proses pembahagian harta.

“Masyarakat Islam khususnya mempunyai banyak alternatif untuk menguruskan harta seperti wasiat, faraid, hibah, sedekah dan wakaf,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Nor Liza, dalam hal ini terdapat hadis Nabi Muhammad SAW diriwayatkan Bukhari dan Muslim yang berbunyi: “Tinggalkan orang yang tersayang dalam kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.”

Pencarum KWSP Annie Toh, 48, pula berpendapat selain sikap gemar berlengah, sikap tidak terfikir kemungkinan bahawa setiap individu berisiko menemui ajal pada bila-bila masa menyebabkan jumlah pencarum KWSP yang meletakkan penama agak rendah.

Beliau yang berkahwin, namun tidak mempunyai anak memilih untuk meletakkan nama kakaknya yang masih bujang sebagai penama dalam KWSP.

“Saya risau seandainya berlaku sesuatu kepada saya satu hari nanti, kakak saya akan tinggal seorang diri dan tidak ada orang menjaganya. Jadi saya memilih dia sebagai penama untuk memastikan dia ada duit untuk hari tua,” katanya.

Tambah Toh, beliau sudah berbincang dan mendapat persetujuan suaminya untuk menjadikan kakaknya sebagai penama KWSP.

Sebagai makluman, bagi yang bukan Islam, penama adalah benefisiari atau penerima mutlak simpanan ahli yang sudah meninggal dunia.

Seorang lagi pencarum KWSP, Eddie Idris, 50, yang masih bujang, memilih untuk menggunakan khidmat syarikat amanah as-Salihin Trustee Berhad sebagai pengurus asetnya selepas beliau meninggal dunia.

“Syarikat pengurus aset akan menyiapkan wasiat saya apabila saya tiada lagi. Ini termasuklah wang KWSP saya,” katanya.

Jelas Eddie, beliau pernah melihat keluarga mendiang rakannya menghadapi masalah untuk menuntut wang KWSP apabila si mati meletakkan nama bekas teman wanita sebagai penama.

Berdasarkan pengalaman tersebut, beliau memilih untuk menggunakan khidmat syarikat amanah.

Seorang lagi pekerja swasta, Zalinda Ahmad, 37, yang merupakan ibu kepada tiga anak lelaki berusia enam hingga 10 tahun, berkata beliau mengemaskini borang penama KWSP setiap kali selepas mendapat cahaya mata baharu.

“Saya tidak mahu anak saya menghadapi kesulitan untuk menuntut wang berkenaan seandainya sesuatu berlaku kepada saya secara tidak disangka-sangka,” jelasnya.  – BERNAMA

Tags: KWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd