• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sharnaaz ‘Sound’ Yusuf, Peluru Tak Kenal Orang

oleh
06/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIRINYA sering dikenali menerusi watak antagonis dalam filem Juvana kerana lakonan yang mantap sebagai seorang ketua samseng.

Disebabkan itu, pelakon Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad dikenali sebagai seorang yang panas baran dan mudah melenting jika diusik walaupun sedikit.

Baru-baru ini, Sharnaaz dengan lantangnya telah mengulas mengenai kata-kata Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf Azmi.

Dalam satu temu bual melalui rancangan #Chat2teen bulan lalu, Yusuf telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan pernah berhenti untuk menegur segala kemungkaran dan kesalahan yang terjadi di negara ini.

“Saya duduk di bumi Allah di Malaysia, nanti kalau Allah tanya kenapa saya tak tegur kemungkaran. Takkan saya nak bisu tak bercakap sekarang ni? Kenapa saya kena senyap je bila ada kemungkaran terjadi di Malaysia?

“Sebab tu saya nak tegur semua benda kemungkaran yang terjadi sekarang ni. Saya akan terus bercakap sehingga saya mati ditembak, baru saya senyap!” tegasnya.

Dalam rancangan tersebut, pengacara yang merupakan bekas Pencetus Ummah, Azhar Hilmi telah bertanyakan soalan mengenai isu PPIM yang sering dikecam oleh sesetengah pihak.

Namun tidak lama kemudian Sharnaaz telah muncul menerusi satu video live melalui akaun Instagram miliknya yang mana dia telah memberi satu pesanan pedas kepada pengerusi tersebut.

“Yusuf Azmi ni pun satu lah, orang kata zaman ni peluru tak kenal orang, bahaya. Bukan kita takut, kalau kita ni ada army belakang kita, kita ada tentera, ada orang ramai belakang kita yang ada senjata api, barulah okay.

“Takkan semata nak gunakan pegangan. Tapi tu mungkin cara dia, kita hormat tapi dah ramai yang arwah. So fikir-fikirlah, atas katil pun boleh meninggal, brother. Tapi takkan nak mati tepi longkang, fikir lah,” kata Sharnaaz dalam video tersebut.

Namun sebab utama pelakon yang juga merupakan abang ipar kepada usahawan terkenal, Noor Neelofa itu mengeluarkan kenyataan tersebut masih lagi tidak diketahui.

Mungkin niatnya ingin memberikan peringatan kepada Yusuf Azmi.

Ramai netizen tetap mengecam tindakan Sharnaaz yang dikatakan berlagak samseng dan hanya tahu bercakap sahaja tanpa membantu apa-apa.

Mungkin sebenarnyana Sharnaaz cuma bergurau sahaja tetapi ia diambil serius oleh ramai netizen. Apa pun, harapnya lepas ni Sharnaaz dah tak pandang remeh mengenai apa sahaja yang dilakukannya.

Maklumlah, dia kan selebriti dan semestinya akan sentiasa dapat perhatian daripada media mahupun peminat sendiri. Jangan bila dah jadi sesuatu yang tak diduga baru nak menyesal pula. – MYNEWSHUB.CC/SH

Tags: perjuang hakPPIMSharnaaz AhmadYusuf Azmi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ramai Mula Terasa Kesan Kos Hidup Meningkat… Bersedia, Berjimat, Berdoa – Yusuf Azmi

Ramai Mula Terasa Kesan Kos Hidup Meningkat… Bersedia, Berjimat, Berdoa – Yusuf Azmi

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis masyarakat, Yusuf Azmi menyarankan orang ramai agar bersedia menghadapi cabaran ekonomi yang semakin mencabar susulan ketidaktentuan...

Yusuf Azmi: Surau Pun Pernah Kena Roboh Tiada Kelulusan 

Yusuf Azmi: Surau Pun Pernah Kena Roboh Tiada Kelulusan 

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Yusuf Azmi, menegaskan bahawa isu perobohan rumah ibadat tidak wajar dilihat dari sudut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd