• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sering Tayang Harta, Aliff Syukri ‘Sentap’ Ditegur Isteri

oleh
22/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik posting menyaksikan beliau berkongsi keterujaan mengenai beg tangan berharga RM20,000 yang dibeli beliau.

Menerusi perkongsian berkenaan, kegembiraan jelas terpancar pada riak wajah pengusaha produk D’Herbs itu apabila beg yang ditunggu-tunggu itu akhirnya sampai juga ke tangannya.

“Setelah berbulan tunggu, baru sampai. Saya ni memang suka beli beg. Bagi saya, ia satu kepuasan dan hobi. Sebab dulu tak merasa, sekarang Alhamdulillah.

“Beg ini unik kena order dulu baru dapat. InsyaAllah kalau kita berusaha, ada rezeki kita. Saya berniaga nak dekat 10 tahun baru merasa,” ujar Aliff menerusi posting berkenaan.

Namun begitu, keterujaan itu bertukar menjadi insiden ‘sentap’ apabila isterinya, Datin Nur Shahida menegur sikapnya yang dilihat seolah-olah begitu menunjuk-nunjuk.

“Jangan nak menunjuk,” ujar isterinya yang sedang duduk di atas sofa belakang Aliff. Bagaimanapun, teguran itu diselar oleh Aliff yang menjelaskan beliau bukan ingin menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya hanya berkongsi kegembiraan dengan netizen sebelum bertindak memasukkan semula beg tersebut ke dalam plastik lalu beredar meninggalkan isterinya sebagai tanda merajuk dengan teguran berkenaan.

Telatah ‘sentap’ Aliff itu dilihat menarik perhatian ramai dan menerima pelbagai daripada netizen. Rata-rata antara mereka terhibur dengan aksi pasangan suami isteri berkenaan.

Sehingga kini, rakaman pendek berkenaan dilihat telah menerima lebih daripada 400,000 tontonan daripada netizen menerusi laman Instagram.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: aliff syukriDatuk Seri Aliff Syukri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aliff Syukri Mohon Maaf

26/04/2022
0

CYBERJAYA : Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan video muziknya sebelum...

Aliff Syukri Calonkan Diri Sebagai Perdana Menteri Ke-9

17/08/2021
0

PETALING JAYA - Penyanyi dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan hasratnya untuk memohon jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd