• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sering Dilabel ‘Kayu’, Erma Fatima ‘Back Up’ Fattah?

oleh
22/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON kacak, Fattah Amin sememangnya antara selebriti yang sering dikaitkan dengan istilah atau gelaran ‘kayu’ sehingga ke hari ini.

Namun begitu, perkara tersebut nampaknya telah diselar oleh pengarah terkenal, Erma Fatima menerusi komen dalam posting terbaru di Instagram milik beliau.

Baru-baru ini, Erma telah memuat naik sebuah video pendek memaparkan drama terbaharu lakonan Fattah bergandingan bersama pelakon, Janna Nick iaitu My Coffee Prince.

Perkongsian tersebut dilihat mendapat perhatian ramai dan rata-rata antara mereka memuji lakonan Fattah yang dilihat semakin banyak peningkatan dari masa ke semasa.

Bagaimanapun dalam keterujaan, biasalah pasti akan ada sahaja mulut-mulut puaka yang membenci serta kritik tanpa memikirkan perasaan dan sensitiviti orang lain.

“Geli aku tengok si patah tu berlakon… Apasal kayu tak patah lagi… Tetap kaku… huh,” komen seorang netizen dikenali sebagai jumping.jumping.35.

Susulan perkara itu, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad dilihat tidak hanya berdiam diri sebaliknya bertindak membalas komen ‘puaka’ itu.

“Ish @jumping.jumping.35 mana ada kayu. Okaylah tu… Nak macam mana lagi… Dah karakter simple macam itu. Bukan nak membela…Tapi kenyataan.

“Dia boleh berlakon… Mungkin belum dapat watak yang lebih mencabar,” tulis Erma.

Balasan komen yang ditinggalkan oleh Erma jelas mendapat pujian daripada netizen di mana rata-rata bersetuju dengan pengarah itu.

Selain itu, mereka juga berharap Fattah diberi peluang untuk bekerjasama dengan Erma pada masa akan datang kelak. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Erma FatimaErma FatimahFattah Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd