• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Tun M Terhadap Murad ‘Tak Kena Tempat’

oleh Ahmad Albab
21/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad melakukan serangan yang ‘tidak kena pada tempatnya’ apabila beliau menempelak bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara berjumlah RM31.5 billion, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Sebaliknya, kata beliau, bekas perdana menteri itu sepatutnya marah dengan (penasihat DAP) Lim Kit Siang.

“Murad hanya memberi keterangan dalam pendengaran RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) berhubung kerugian sebenar forex, yang mendedahkan bahawa jumlahnya adalah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion.

“Bagaimanapun, Kit Siang lah, yang selama 20 tahun, mendesak supaya ditubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga forex Bank Negara,” menurut beliau menerusi catatan terkini dalam blog sskeruak.blogspot.my hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Murad, dengan mendakwa bekas penolong gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memilih untuk berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.

Salleh menyimpulkan bahawa Dr. Mahathir kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr. Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.

“Tahap kepura-puraan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir dan Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada mencari kebenaran.

“Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr. Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?” tanya beliau. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Penjenayah Kes Samun Maut Di Tembak

Next Post

Mayat Mangsa Bunuh Stesen Minyak Dibawa Ke Melaka

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

Next Post

Mayat Mangsa Bunuh Stesen Minyak Dibawa Ke Melaka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd