Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Mizz Nina Beri Sokongan...

SEMPENA Hari Hijab Sedunia, ramai selebriti tanah air dilihat tidak ketinggalan menyatakan sokongan...

3 Lelaki Ditahan Terlibat...

SHAH ALAM - Tiga lelaki termasuk seorang warga India ditahan kerana disyaki terlibat...

MOSTI Galak Penyelidikan Dalam...

MELAKA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggalakkan lebih banyak penyelidikan untuk...

PN Sedia Terima Ahli...

DUNGUN : Perikatan Nasional (PN) sedia menerima sesiapa sahaja ahli UMNO, yang digantung...

Dua Penjenayah Kes Samun Maut Di Tembak

SHAH ALAM – Polis menembak mati dua penjenayah yang cuba melakukan pecah rumah dan samun di kawasan perumahan di Jalan Platinum 7/37A, Seksyen 7 di sini, awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, seorang lagi suspek melarikan diri.

Beliau berkata sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 3.40 pagi, mengenai satu cubaan pecah rumah di kawasan itu.

“Setibanya di tempat kejadian polis berjaya mengesan tiga suspek. Polis kemudian memberi amaran supaya menyerah diri, namun dua suspek yang bersenjatakan parang dan celoret telah menyerang polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah mereka.

“Dua suspek terbabit maut di tempat kejadian dan pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang pengenalan diri. Kita juga sedang mengesan suspek yang dapat melarikan diri dengan bantuan unit anjing pengesan (K9),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambah Fadzil, pihaknya turut merampas senjata parang, celoret serta peralatan pecah rumah milik suspek dan sedang menyiasat identiti kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu.

“Kita juga sedang siasat kaitan ketiga-tiga suspek terbabit dengan tujuh kes pecah rumah dan samun yang berlaku di sekitar kawasan perumahan ini sejak awal tahun ini,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. – BERNAMA

Kategori