• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Aspek Diambil Kira Dalam Pembangunan

oleh AK-47
23/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Kerajaan sentiasa menitikberatkan semua aspek termasuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk pelaksanaan projek penambakan serta pembangunan semula perkampungan nelayan Teluk Muroh, di sini.

Pegawai Daerah Manjung Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata segala aspek tersebut termasuk aspek teknikal telah dipersetujui dan dicapai dalam beberapa siri perbincangan bagi memastikan pembangunan mengikut standard operasi yang ditetapkan.

“Sebelum pembangunan dilakukan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta beberapa agensi terlibat telah mengambil kira keperluan teknikal dan kita juga menggunakan kepakaran konsultan khidmat nasihat untuk membantu projek ini.

“Malah, kajian hidrologi dan teknikal yang berkaitan dengan elemen pantai telah diambil kira sebelum memulakan projek yang memberi manfaat kepada kepentingan awam dan masyarakat nelayan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengiringi Timbalan Ketua Pengarah (Sektorial) Unit Perancang Ekonomi Datuk Allauddin Anuar melawat perkembangan pembangunan di kawasan pembinaan projek penambakan tersebut di sini, hari ini

Mohamad Fariz berkata sehingga kini fasa pertama pembinaan projek seluas 17.8 hektar yang melibatkan tambakan, pembinaan jeti kekal dan laluan keluar masuk bot sedang dijalankan dan dijangka siap awal tahun depan.

“Kemudian fasa kedua yang melibatkan pembinaan rumah akan dilakukan pada pertengahan tahun depan, ” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Padang Tembak Teluk Muroh, Mohamad Salim Ghazali berkata penduduk dan nelayan di kawasan berkenaan menyokong penuh usaha yang dijalankan kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan isu petempatan.

“Sekurang-kurangnya, projek ini membantu membina petempatan semula bagi 100 rumah nelayan” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Salleh Hussin, 34, berharap harga rumah yang bakal dibina mampu dibeli oleh generasi kedua nelayan sepertinya yang kebanyakannya memperoleh pendapatan hasil daripada menangkap ikan.

“Saya juga lihat projek ini membantu nelayan untuk lebih senang turun ke laut jika dibandingkan dengan dahulunya terpaksa perlu menunggu air pasang surut sebelum dapat pergi ke tengah laut,” katanya.

Rata-rata penduduk sekitar dan nelayan menyifatkan projek pembangunan itu mampu memberi keselesaan kepada mereka yang tinggal di sepanjang tiga kilometer kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd