• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Gagal Cabar Isu Persempadanan Semula SPR

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Kerajaan Selangor untuk mencabar persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas mendapati mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu persempadanan semula di Perak dan Melaka.

Dalam penghakimannya, Azizul Azmi berkata Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai hak dari segi perlembagaan untuk mencabar kewajaran cadangan persempadan semula.

Pihak yang mengemukakan permohonan semakan kehakiman mengikut Perintah 53 Peraturan 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, katanya, perlu membuktikan ia terjejas teruk akibat keputusan atau tindakan berkaitan fungsi dan tanggungjawab awam.

Selain itu, Azizul Azmi berkata pemohon (kerajaan Selangor) turut mendakwa proses persempadanan semula itu cacat kerana terdapat 136,272 pengundi tidak mempunyai alamat.

Namun, beliau berkata walaupun daftar pemilih tidak mempunyai alamat pengundi, ia mempunyai kod lokaliti dan berkemungkinan alamat itu sudah sedia ada pada SPR apabila kod lokaliti ditempatkan.

“Walaupun pemohon menyatakan alamat itu hilang ketika pengundi berpindah (walaupun isu itu dibantah SPR), saya berpendapat bahawa perkara itu tidak menjejaskan proses persempadanan semula ,” katanya.

Berhubung isu sama ada ketepatan daftar pemilih boleh dicabar, hakim itu berkata isu berkenaan telah selesai kerana ketepatan daftar pemilih tidak boleh dicabar walaupun alamat pengundi tidak lengkap.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Datuk Dr Cyrus Das yang mewakili kerajaan Selangor untuk menggantung proses inkuiri tempatan bagi kawasan Parlimen dan DUN Negeri Selangor sementara menunggu rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Selain Cyrus, kerajaan Selangor turut diwakili peguam Datuk S. Ambiga manakala Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, Shamsul Bolhassan dan Azizan Md Arshad mewakili SPR, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh selaku responden.

Pada 19 Okt tahun lepas, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mewakili kerajaan negeri, memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di Negeri Selangor oleh SPR.

Dalam permohonannya, Mohamed Azmin menuntut satu deklarasi bahawa cadangan untuk persempadanan kawasan pilihan raya oleh SPR pada kajian 2016 adalah tidak berperlembagaan kerana tidak selaras dengan Fasal 113(2) dan Seksyen 2(c) dan 2(d) Jadual Ketiga Belas kepada Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.

Beliau turut memohon perisytiharan bahawa kegagalan SPR untuk menggunakan daftar pemilih terkini dalam persempadanan semula itu adalah tidak berperlembagaan, tidak selaras dengan Fasal 3 Jadual Tiga Belas Perlembagaan, dan oleh itu, adalah batal dan tidak sah.

Mohamed Azmin turut meminta SPR memperbetul dan mengemas kini alamat 136,272 pengundi di Selangor, yang alamat mereka tiada dalam daftar pemilih itu.

Beliau memfailkan permohonan atas alasan SPR bertindak tidak mengikut perlembagaan, tidak munasabah dan tidak logik bertentangan dengan Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd