• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekatan Baru Terhadap Pegawai Korea Utara

oleh Ahmad Albab
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Amerika Syarikat mengumumkan dua sekatan baru ke atas pegawai Korea Utara yang menjadi dalang program peluru berpandu balistik negara itu semalam ketika Russia mengulangi tawaran menjadi orang tengah untuk mengendurkan ketegangan antara Washington dan Pyongyang.

Langkah baru itu adalah yang terkini dalam kempen bertujuan memaksa Korea Utara meninggalkan program senjata yang mensasarkan pembinaan peluru berpandu berkuasa nuklear yang boleh sampai ke AS.

Perbendaharaan AS menamakan pegawai berkenaan sebagai Kim Jong Sik dan Ri Pyong Chol.

Ia berkata, Kim dilaporkan sebagai tokoh utama dalam usaha Korea Utara menukar program peluru berpandunya daripada cecair kepada bahan api pepejal manakala Ri dilaporkan tokoh penting dalam pembinaan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

“Perbendaharaan mensasarkan tokoh penting program peluru berpandu balistik, sebagai sebahagian usaha memaksimumkan kempen tekanan meminggirkan Korea Utara dan mencapai usaha membebaskan Semenanjung Korea daripada nuklear sepenuhnya,” kata Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin, kata kenyataan.

Langkah simbolik itu menyekat sebarang hartanah atau kepentingan kedua-duanya yang berada dalam bidang kuasa AS dan melarang sebarang urusan antara mereka dan warga negara itu.

Ia menyusul sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diumumkan Jumaat lalu sebagai reaksi kepada ujian ICBM dilakukan 29 November lalu yang didakwa Pyongyang meletakkan semua tanah besar AS dalam jarak peluru nuklearnya. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd