• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Lagi Kawasan Wabak Rabies Diisytihar Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
31/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Satu lagi kawasan baru wabak rabies diisytiharkan di Sarawak, menjadikan jumlahnya kini 27.

Jawatankuasa pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi jawatankuasa itu Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mengisytiharkan kawasan SMK Julau No 1, Julau, di bahagian Sarikei, sebagai kawasan terbaru wabak Rabies.

“Memandangkan kawasan kampung ini berada di luar daripada 10km radius kawasan yang telah diisytihar sebagai kawasan wabak rabies, maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-27 wabak rabies,” menurut kenyataan itu.

Bahagian Serian mencatatkan jumlah kawasan diisytihar wabak rabies paling tinggi, menjangkau 20 kawasan, disusuli dengan bahagian Kuching (4), dan masing-masing satu kawasan di bahagian Samarahan, Sri Aman dan Sarikei.

Menurut kenyataan itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan mengadakan Mesyuarat Khas Rabies pada 2 Januari ini yang akan dipengerusikan oleh Douglas Uggah bagi membincangkan langkah-langkah dan strategi bagi mengekang wabak rabies daripada terus merebak ke kawasan lain.

Sebelum ini kawsan terakhir yang diumumkan sebagai kawasan ke-26 wabak rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak ialah pada 23 Okt lepas membabitkan kawasan Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya, di bahagian Samarahan. – BERNAMA

Tags: Kes Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kes Rabies Baharu Di Kalangan Manusia Di Sarawak

09/12/2018
0

KUCHING - Terdapat dua kes baharu disyaki rabies di kalangan manusia di Sarawak, satu daripadanya melibatkan kematian seorang lelaki berumur...

Sarawak Rekod Satu Kes Baharu Rabies

28/11/2018
0

KUCHING - Sarawak merekodkan satu lagi kes rabies dalam kalangan manusia apabila seorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit itu semalam, menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd