Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Singapura Haramkan Lagu Jolin...

Singapura - Kerajaan Singapura telah mengharamkan muzik video penyanyi pop Taiwan, Jolin Tsai...

Elektrik Haram: SESB Perlu...

TAWAU - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu bertindak tegas dalam menangani kegiatan...

KBS Timbang Nama Velodrom...

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia mempertimbang cadangan Velodrom Nasional di...

Atuk 70 Tahun Kembali...

NEW DELHI - Seorang datuk berusia 70 tahun membuktikan tiada had usia untuk...

Salah Eja ‘Marry Christmas’, SBS Transit Mohon Maaf

SINGAPURA – Baru kelmarin Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) memohon maaf atas kesilapan ejaan pada gegantung sempena sambutan Krismas yang dipasang di lapangan terbang Kota Bahru.

Ia dieja “Mary Christmas and Happy New Years” dan segera menjadi tular di media sosial.

Kini pengendali pengangkutan SBS Transit pula pada Selasa memohon maaf atas kesilapan ejaan setelah papan tanda di sebuah stesen MRT kerana memaparkan ucapan ‘Marry Christmas’ dan bukan ‘Merry Christmas’.

Kesilapan itu bermakna “Berkahwin dengan Krismas”.

Gambar-gambar yang tersebar online dan menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan mesej ‘Marry Christmas’ pada papan tanda di sebuah stesen MRT Laluan Downtown yang tidak dapat dikenal pasti.

“Kami memohon maaf atas kesilapan ejaan itu dan sudahpun membetulkannya. Kami berharap ia tidak mencemarkan perayaan para penumpang kami,” menurut Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat SBS Transit, Tammy Tan, dalam responsnya kepada pertanyaan MediaCorp.

Setelah gambar-gambar tersebut tersebar, warga siber mempersendakannya di media sosial.

“Saya kurang pasti kalau saya begitu cintakan Krismas (sehingga mahu kahwin dengannya). Malah, saya cuma ada tiga minit untuk buat keputusan,” menurut selebriti tempatan, Michelle Chong, di laman Facebooknya.

“Hi nama saya Christmas,” kata seorang warga siber sebagai komen kepada gambar papan tanda tersebut.


Komen itu dibalas seorang lagi warga siber yang berbunyi: “Saya diberitahu saya perlu berkahwin dengan awak?”

“Saya baru sahaja menyambut Krismas… Tidak perlu berkahwin,” seloroh pengguna Facebook, Kevin Goh.

Sebahagian warga siber pula menyatakan terdapat kesilapan yang serupa di salah satu papan tanda di lapangan terbang Kota Bahru, yang tertera “Mary Christmas”.

“Kami sudahpun segera menurunkan papan tanda tersebut sebaik sahaja menyedari kesilapan tersebut semalam,” menurut MAHB di laman Facebooknya pada Ahad.

Ia juga meminta maaf kepada orang ramai dan mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori