Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Muhammad Afi Arsyad Dapat...

ALHAMDULILLAH...kisah atlet cilik BMX Freestyle Malaysia memerlukan dana untuk menyertai pertandingan BMX di...

Jangan Abaikan Maklumat CIA...

ADA satu persamaan antara kes letupan di Orlando dan serangan bom di Puchong: Penyerang...

Lebih 21,000 Diesel Bernilai...

TAIPING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan Taiping menyita...

KDN Nafi Beri Kerakyatan...

PIHAK Kementerian Dalam Negeri menafikan berita pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik, sudah...

Robot Usir Gelandangan Di Pusat Kebajikan Haiwan

SAN FRANCISCO – Sebuah pusat perlindungan haiwan di sini terpaksa menggunakan khidmat robot untuk menghalau golongan gelandangan yang merempat di luar bangunan tersebut.

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan, Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) San Francisco menggunakan robot Knightscope K5 untuk tugas rondaan berkala menggantikan tenaga manusia.

Robot tersebut, yang ditampal dengan pelekat haiwan, tidak mencederakan orang ramai ataupun usir mereka. Ia turut dilengkapi dengan kamera dan laser selain sensor haba, sebagai peranan pengawal peribadi.

Ini untuk mengesan kegiatan manusia yang dicurigai dan memaklumkan pihak berkuasa. Berharga hanya AS$6 (RM24) sejam untuk disewa, mesin berbentuk kon itu lebih murah untuk digajikan berbanding manusia.

Bagaimanapun menurut laporan akhbar San Francisco Business Times, robot tersebut cuma digunakan oleh pusat berkenaan untuk mengekang jenayah daripada berlaku, bukan untuk menghalau gelandangan.

Syarikat Knightscope mempertahankan penggunaan robot tersebut menyatakan bahawa jumlah gelandangan dan jenayah di kawasan itu malah mula merosot selepas robot berkenaan memulakan kerja rondaan.


“Pada awalnya kami tidak boleh menggunakan kawasan pejalan kaki kerana terdapat banyak jarum, khemah dan basikal. Dengan itu, penggunaan robot amat mudah,” kata Jennifer Scarlett, Presiden SPCA San Francisco.

Beliau turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa orang yang cuba merosakkan robot tersebut bahkan “ada yang cuba menjatuhkannya dan meletakkan sos barbeku di sensor,” kata Scarlett lagi.

Seorang pengguna laman Twitter tempatan mengatakan bahawa ada yang sengaja “meletakkan najis” pada robot tersebut, menurut laporan akhbar The Times. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • robot

Kategori