Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Pasukan Keselamatan Tembak Mati...

LAHAD DATU - Pasukan keselamatan di Lahad Datu menembak mati empat lelaki dipercayai...

Malaysia Terbuka Kongsi Maklumat...

BANGI - Malaysia tidak akan berkongsi maklumat siasatan kematian warga Korea Utara Kim...

Jerebu: IPU Palangkaraya Cecah...

JAKARTA - Indeks pencemaran udara (IPU) di Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah mencecah 3,000...

Pencarian Nelayan Hilang Diperluas...

KEMAMAN - Operasi mencari empat nelayan hilang di perairan Kemaman sejak enam hari...

RM217,000 Kompaun Dikeluar KPDNKK Sejak Januari

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak mengeluarkan sebanyak RM217,000 kompaun atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga 21 Dis lepas, meningkat berbanding RM158,355 untuk tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Pengarah KPDNKK negeri Shamsul Nizam Khalil berkata sepanjang tempoh sama, pihaknya turut mencatatkan nilai rampasan barangan daripada RM1.45 juta pada tahun lepas kepada melebihi RM2.6 juta tahun ini.

Beliau berkata peningkatan jumlah kompaun dan rampasan itu adalah hasil usaha lipat ganda KPDNKK negeri melakukan pemeriksaan di premis perniagaan.

“Tahun lalu KPDNKK membuat sebanyak 36,686 pemeriksaan premis, manakala tahun ini meningkat 50,928 pemeriksaan, termasuk di dalam dan luar bandar.

“Kita akan mempertingkatkan pemeriksaan di semua kawasan supaya peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan KPDNKK, di samping itu kita juga dapat memantau peniaga agar pengguna dapat harga yang berpatutan,” katanya.

Shamsul Nizam ditemui pemberita selepas melancarkan Perlaksanaan Skim Kawalan harga Musim Perayaan Krismas 2017 peringkat negeri, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata untuk tahun depan, KPDNKK Perak akan mempertingkatkan pemeriksaan kepada 70,000 premis meliputi semua kawasan di seluruh negeri.


Dalam pada itu, beliau berkata daripada 11 barangan yang termaktub bawah Skim Kawalan Harga, tujuh barangan menunjukkan penurunan harga, dua kekal serta dua meningkat.

“Barangan yang menunjukkan peningkatan harga adalah daging kambing tempatan dan import, barangan yang kekal harganya pula adalah tomato dan lada benggala hijau manakala barangan yang menunjukkan penurunan termasuklah ayam, ayam belanda serta telur ayam,” katanya.

Seramai 213 anggota penguat kuasa akan membuat pemantauan sepanjang lima hari skim ini berjalan bermula hari ini dan dibantu anggota penguat kuasa di kesemua lapan cawangan KPDNKK negeri. – BERNAMA

Kategori