• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rezeki Lepas Kahwin, Fazura Duet Dengan Anggun

oleh
05/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang, rezeki lepas kahwin ni merupakan satu perkara yang tak disangka-sangka.

Bagi pelakon dan penyanyi Nur Fazura Sharifuddin, dia tak menyangka bakal berduet dengan penyanyi antarabangsa dari Indonesia, Anggun Cipta Sasmi.

Anggun yang telah mencipta namanya di Perancis, dikatakan berduet dengan Fazura untuk singlenya yang berjudul The Good Is Back.

Menurut Anggun, sebab utama dia selesa memilih Fazura ialah kerana baginya Fazura mempunyai satu persamaan dengan dirinya.

“Ini kali pertama bertemu dengannya. Sebelum ini saya hanya mengetahuinya dari jauh, menerusi lakonannya yang banyak memenangi anugerah serta program realiti Facing Up To Fazura.

“Kami juga berkongsi nasib serupa apabila sama-sama kehilangan ayah. Saya sangat mengagumi semangatnya kental itu. Semangat itu yang kami selitkan dalam lagu yang ada mesej positif ini,” katanya dipetik BH Online.

Mereka juga telah bertemu di sebuah studio untuk merakamkan single tersebut. Dalam masa yang sama, Fazura turut berasa terharu kerana diberi peluang yang amat berharga itu.

“Pada awalnya saya ragu-ragu untuk menerima tawaran ini kerana menyedari siapa saya kalau nak dibandingkan dengan dirinya. Anggun satu nama yang cukup besar.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Anggun kerana sudi bekerjasama dengan penyanyi baharu seperti saya,” katanya yang baru mendirikan rumah tangga pada 27 November lalu.

Single tersebut akan dimuatkan dalam album Anggun yang kelapan yang diberi judul 8 dan bakal dilancarkan pada Jumaat ini.

Anggun sebelum ini popular dengan lagu Snow In The Sahara. Manakala, Fazura pula mula menjadi penyanyi selepas single pertamanya yang berjudul Sayangi Dirimu.

Tags: AnggunfazuraIndonesiasingle baharuThe Good Is Back
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maju Jadi ‘Tuli’ Dakwa KWSP, UEM Tidak Layan Bida

Next Post

Nasi Lemak Kini Popular Di Korea Selatan

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Nasi Lemak Kini Popular Di Korea Selatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd