• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Revisit Pahang 2018 Sasar Pulangan RM6 Bilion

oleh Ahmad Albab
14/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang menyasarkan pulangan sebanyak RM6 bilion menerusi penganjuran Program Revisit Pahang yang akan berlangsung pada enam bulan pertama 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata dianggarkan seramai lapan juta pelancong berkunjung ke Pahang sepanjang program itu.

Beliau berkata Revisit Pahang merupakan program pelancongan untuk mengekalkan momentum kehadiran pelancong yang luar biasa pada Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP2017), iaitu seramai 11.5 juta orang setakat September lalu.

“Kita optimis sasaran 15 juta pelancong untuk TMP2017 boleh dicapai dalam tempoh tiga bulan iaitu Oktober hingga Disember kerana musim cuti sekolah sudah bermula.

“Penganjuran Revisit Pahang juga dilakukan bagi memberi peluang kepada pelancong berkunjung ke daerah lain di seluruh negeri ini kerana setiap daerah menjanjikan pengalaman dan tarikan berbeza,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Sharkar memberitahu pihaknya juga menerima permohonan daripada pengusaha produk pelancongan, hotel dan inap desa yang mahu TMP2017 dilanjutkan ekoran kehadiran pelancong yang ramai.

“Selain itu, ada di antara mereka yang baharu sahaja siap menyediakan atau menaik taraf produk mereka selepas TMP2017 berlangsung, menyebabkan kita mahu membantu supaya mereka mendapat pendapatan yang lebih,” katanya.

Menurutnya penganjuran program selepas berakhirnya TMP bukan sesuatu yang asing kerana kerajaan Persekutuan pernah menganjurkan Year of Festival 2015 selepas berakhirnya Tahun Melawat Malaysia 2014.

Setakat ini, pihaknya masih mencari tarikh sesuai untuk pelancaran rasmi Revisit Pahang memandangkan negeri Pantai Timur sering mengalami banjir pada hujung atau awal tahun, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Sharkar ShamsuddinPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd