• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Resolusi Malaysia Tangkis Ekstremisme Diterima Dunia

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi mencatat sejarah di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang membawa resolusi menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikalisasi, diterima dalam Sesi ke-72 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan GMM (GMMF) Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berkata penerimaan tersebut merupakan satu pengiktirafan besar terhadap Malaysia kerana mesej kesederhanaan yang diperjuangkan berjaya mendapat keyakinan di peringkat dunia.

“Bukan mudah meyakinkan masyarakat antarabangsa tentang inisiatif tersebut, tetapi melalui ‘track record’ Malaysia yang dikenali sebagai negara dan masyarakat yang mengamalkan kesederhanaan, toleransi serta saling hormat-menghormati, inisiatif itu nyata diyakini negara anggota PBB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, resolusi yang dibawa itu telah diterima melalui undian oleh 135 negara anggota PBB kecuali Amerika Syarikat dan Israel yang telah menentang serta tiada negara yang berkecuali.

Resolusi tersebut dibentangkan oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York, Datuk Seri Mohd Shahrul Ikram Yaakob pada September lepas.

GMM merupakan hasil cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sesi ke-65 UNGA pada 2010 dalam usaha menggerakkan pendekatan kesederhanaan.

Antara isi kandungan resolusi itu adalah pengumuman tahun 2019 selaku Tahun Kesederhanaan Global dalam usaha menggerakkan gelombang suara kesederhanaan menerusi promosi dialog, nilai toleransi, dan usaha ke arah kerjasama yang lebih erat di kalangan masyarakat antarabangsa.

Resolusi yang juga sebagai agenda mempromosikan kesederhanaan sebagai suatu nilai yang membawa kepada keamanan dan keselamatan itu turut memanggil komuniti antarabangsa untuk mendukung dan mengiktiraf GMM. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Nasharudin Mat Isa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama PAS-UMNO Dilihat Akan Beri Manfaat

10/10/2017
0

PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama antara PAS dan UMNO dilihat semakin cerah...

Ilmuan Perlu Bina ‘Jambatan Tamadun’ – GMM

05/04/2017
0

BANGKOK - Golongan ilmuan perlu membina 'jambatan tamadun' bagi membolehkan manusia daripada pelbagai agama dan kepercayaan hidup bersama secara aman,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd