• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Palestin Bersalah Bunuh 3 Penduduk Israel

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Pendakwa raya mahkamah tentera Israel, semalam memohon hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan terhadap remaja Palestin yang disabitkan bersalah membunuh tiga penduduk Israel di Tebing Barat Julai lalu.

Omar al-Abed, 20, didapati bersalah oleh mahkamah di Ofer berhampiran Ramallah membunuh tiga anggota keluarga Solomon di rumah mereka pada 21 Julai lalu.

Pendakwa raya tentera meminta beliau dijatuhkan hukuman empat kali penjara seumur hidup.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman, menggesa Abed dijatuhi hukuman mati.

Abed dikatakan memasuki rumah di penempatan Neve Tzuf dan membunuh tiga penghuninya dengan pisau dan mencederakan seorang lagi sebelum ditembak jiran yang mendengar jeritan mangsa.

Abed juga didapati bersalah cuba membunuh tujuh lagi, semuanya anggota keluarga sama yang berada di rumah itu ketika kejadian.

Bapa, ibu, bapa saudara dan dua saudara lelaki Abed dijatuhi hukuman penjara antara sebulan dan lapan bulan Ogos lalu kerana tidak menghalang tindakan Abed.

Pada 16 Ogos, tentera rejim Zionis meruntuhkan rumah Abed di kampung Kobar berhampiran Ramallah. – AFP/BH ONLINE

Tags: Israelremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd