Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Zunar Fail Saman Terhadap...

GEORGE TOWN - Kartunis Zulkiflee SM Anwarul Haque atau Zunar hari ini memfailkan...

Hartawan Norway Tawar 100...

OSLO – Terkesan dengan foto Aylan Kurdi, seorang anak kecil pelarian Syria yang...

Gunung Agung Bakal Meletus,...

DENPASAR - Beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan daripada puluhan kampung yang berhampiran sebuah gunung...

Rayer Tarik Diri Wakili...

GEORGE TOWN - Peguam, RSN Rayer menarik diri daripada mewakili seorang tertuduh dalam...

Remaja Dilarikan Polis Palsu Ditemui Selamat

TEMERLOH – Pelajar perempuan yang dipercayai dilarikan seorang lelaki menyamar polis dari rumahnya di Ulu Gali, Sungai Ruan, dekat sini, petang kelmarin, ditemui selamat pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata Nur Syaminn Nabila Mohd Sapawi, 16, ditemui berseorangan di stesen bas di bandar ini pukul 11.05 pagi.

“Soal siasat awal mendapati mangsa menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Raub dan anggota kami mengambilnya di stesen bas berkenaan sebelum dihantar ke Hospital Raub untuk pemeriksaan lanjut.

“Kita masih meneruskan siasatan bagi mengesan suspek yang dikatakan melarikan mangsa petang kelmarin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya sedang mengesan suspek berdasarkan gambaran diberikan keluarga mangsa iaitu seorang lelaki berbadan kurus, kulit sawa matang, rambut pendek lurus, bermisai nipis dan berusia awal 30-an.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang serta menyamar sebagai penjawat awam.


Dalam kejadian petang kelmarin, Nur Syaminn Nabila dilarikan seorang lelaki mendakwa anggota polis bernama Faiz dan bertugas di Balai Polis Sungai Ruan, Raub.

Ibu mangsa, Wan Maziah Wan Mat, 37, berkata sebelum kejadian, Nur Syaminn Nabila keluar membeli buku sekolah untuk adiknya dan membuat laporan polis.

Ia selepas menerima panggilan daripada anaknya memaklumkan berada di Gua Musang, Kelantan bersama lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang kelmarin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori