• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Berkait Rapat Dengan Moral – Asyraf Wajdi

oleh Ahmad Albab
04/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Undang-undang yang ketat dan pembentukan sistem yang komprehensif bagi membendung jenayah rasuah tidak akan berjaya jika anggota masyarakat sendiri tidak mempunyai nilai moral yang baik, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata untuk Malaysia bergerak ke arah sebuah negara yang dihormati, semua pihak perlu melihat kembali kepada generasi yang bakal dilahirkan pada masa akan datang terutamanya menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil pendekatan ‘bottom up’ (dari bawah ke atas) dengan mendapatkan maklum balas daripada generasi yang akan hidup pada TN50 nanti.

“Ini kerana, bercakap soal integriti dan rasuah tidak akan selesai walaupun ada kerajaan baharu sekalipun jika manusia itu sendiri tidak ada nilai,” kata Asyraf Wajdi pada Sidang Kemuncak Pemerkasaan Milenia (MES) 2017 anjuran Biro Pelajar Luar Negara UMNO, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan dalam sesi bertajuk ‘Maqasid Syariah dalam Dasar Awam dan Tadbir Urus’ mengenai faktor Malaysia berada pada kedudukan ke-55 daripada 176 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah tahun lepas walaupun pelbagai prosedur dan undang-undang telah digubal oleh kerajaan bagi membanteras jenayah itu.

Asyraf Wajdi berkata bagi melahirkan generasi yang mampu membangunkan negara secara seimbang, kerajaan melalui TN50 berhasrat melahirkan 125,000 huffaz profesional di seluruh negara menjelang 2050.

“Kita ingin melahirkan generasi ulul albab (seimbang dunia dan akhirat), dia hafiz tetapi dia juga pakar dalam bidang perubatan, akauntan atau jurutera dan sebagainya,” katanya.

Katanya ketika ini sistem pendidikan negara mempunyai 41,250 pelajar tahfiz yang sedang mengikuti pendidikan hafiz dan akademik secara serentak.

Mengakui terdapat kelemahan dan isu ketirisan dalam pentadbiran kerajaan hari ini, namun Asraf Wajdi berkata sesetengah pihak tidak sepatutnya terlalu cepat menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal.

“Ini tidak bijaksana. Sepatutnya isu ini diatasi secara bersama dan pada masa sama tidak melupakan agenda negara yang lebih besar yang memerlukan penglibatan semua pihak dan tidak hanya membiarkan kerajaan melaksanakan agenda tersebut,” katanya.

MES diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berlangsung mulai esok hingga 9 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusukirasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Perlu Berunding

Next Post

4 Lelaki Ditahan Kes Gaduh Di Bukit Pelanduk

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Seorang ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah mendapatkan nombor giliran...

Next Post

4 Lelaki Ditahan Kes Gaduh Di Bukit Pelanduk

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd