Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

UMNO Lantik Tengku Razaleigh...

KUALA LUMPUR - UMNO mengumumkan penubuhan Jemaah Penasihat yang dipengerusikan veteran parti, Tengku...

RTM Perlu Guna Medium...

KUALA TERENGGANU - Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu menggunakan platform atau medium baharu...

PICKids Dilanjut 31 Mei...

PUTRAJAYA : Kerajaan memutuskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) bagi pemberian vaksin...

PABM: Jepun, Korea Antara...

BANGI - 10 daripada 20 peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala...

Pulau Rusukan Kecil Pertama Kali Dilanda Cuaca Buruk

LABUAN – Angin kencang dan hujan lebat bukan sahaja melanda beberapa bahagian pulau bebas cukai ini sejak Selasa malam, tetapi juga Pulau Rusukan Kecil, sebuah pulau peranginan popular di sini.

Angin kencang menerbangkan bumbung resort, menumbangkan pokok, merosakkan bot pelancongan dan menyebabkan menara tinjau di pulau itu runtuh.

Sebahagian jeti bot di pulau itu juga runtuh, manakala sebahagian daripada pelantar laluan, lekang dan diterbangkan angin.

Bagaimanapun, petugas di resort berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Pengurus SS Speed Boat Enterprise Mohamad Rosli Ramani memberitahu Bernama cuaca demikian pertama kali berlaku di pulau berkenaan dan berikutan itu, pihaknya tidak beroperasi untuk membawa penumpang hari ini.

“Kami berharap tiada pengendali bot mengambil risiko dengan membawa pelancong ke pulau itu memandangkan angin serta ombak terlalu kuat dan besar untuk bot kecil dan angin yang dialami sekarang belum pernah berlaku sebelum ini,” katanya.


Menurut Jabatan Meteorologi, ribut tropika Kai-tak diramal membadai bahagian utara dan timur semenanjung, manakala satu lagi ribut tropika dengan kelajuan 50km sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka melanda selatan Filipina pada 23 dan 24 Dis, yang mungkin menjejaskan beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Hujan lebat sejak Selasa malam menyebabkan banjir di lima kampung di sini dan memaksa empat keluarga di Kg Ganggarak dipindahkan ke tempat selamat. – BERNAMA

Kategori