• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Terus Kekalkan Pertumbuhan Kukuh

oleh Ahmad Albab
06/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton), terus mengekalkan pertumbuhan prestasi jualannya yang kukuh setakat ini, tahun ini.

Sehingga 30 November lalu, Proton menjual 66,190 unit kenderaan atau pertumbuhan dua peratus berbanding 65,069 pada tempoh yang sama tahun lepas, didorong oleh model Saga dan Persona.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata, kedua-dua model berkenaan terus menerajui model syarikat lain, masing-masing sebanyak 28,368 dan 18,113 unit, yang dijual setiap tahun, menjadikan 70 peratus daripada jumlah jualan kereta Proton.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata ia merupakan satu perjalanan yang mencabar buat syarikat itu sejak lima tahun lepas, dengan pertumbuhan mantap dari Januari hingga November 2017, merupakan pencapaian positif bagi Proton.

“Kami akan terus berusaha lebih gigih untuk beberapa bulan akan datang, dan berharap pelanggan akan memanfaatkan tawaran hebat akhir tahun untuk kereta Proton,” katanya.

Beliau berkata pertumbuhan dilihat berdasarkan penambahbaikan kualiti semasa yang sedang dilaksanakan di peringkat dalaman.

“Bersama rakan kongsi kami, Proton telah meningkatkan proses penambahbaikan kualiti dan usaha, menerusi perkongsian ilmu dan kemahiran luar biasa, selain peluang untuk pasukan tempatan dilatih di Zhejiang Geely Holding Group Co. Lt. di China.

“Kemajuan semakin positif memandangkan Proton sudah pun memiliki produk yang baik dan tahan lasak. Kami akan terus berusaha memperbaiki lagi kereta dan berharap dapat melakukan yang terbaik dalam meningkatkan kepuasan pelanggan,” katanya.

Proton berkata kebolehpercayaan dan ketahanan kereta-keretanya diuji dalam perlumbaan sembilan jam di Sepang, 1,000 km 2017, bulan lepas dengan kereta Proton menjadi pemenang keseluruhan. – BERNAMA

Tags: KenderaanProton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd