• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perwakilan Asing Puji Pendirian Najib Isu Baitulmaqdis

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perwakilan asing yang menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini memuji pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentang tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Hal Ehwal Politik Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Abdullah Waleed berkata beliau amat menghargai pendirian Najib berhubung perkara itu.

“Beliau (Najib) ternyata bimbang dengan keputusan Presiden (Donald) Trump memindahkan kedutaan Amerika Syarikat (dari Tel Aviv) ke Baitulmuqaddis, yang merupakan isu yang amat serius.

“Kami percaya Malaysia akan mengambil langkah yang lebih serius, begitu juga dengan umat Islam di seluruh dunia Islam dan Arab,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis perasmian itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Anggota Parti Kongres Nasional Sudan Dr Tagwa Ahmed Musa Mohamed pula berkata ucapan Najib mengandungi mesej yang baik untuk rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia.

“Saya amat bersetuju dengan Perdana Menteri Najib mengenai isu (Baitulmuqaddis) ini,” katanya.

Terdahulu, Najib yang juga presiden UMNO, dalam ucapan dasarnya membantah tindakan AS pada Rabu  untuk mengiktiraf Baitulmaqdis secara rasminya sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri berkata Malaysia “menolak sekeras-kerasnya tindakan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.”

Najib menerima tepukan gemuruh daripada anggota perwakilan UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, ketika beliau membangkitkan isu itu dalam ucapannya.

Seramai 95 anggota perwakilan luar negara, yang mewakili 20 parti politik dari 16 negara, menghadiri perasmian UMNO yang berusia 71 tahun itu di PWTC, yang turut menempatkan ibu pejabat parti itu.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata tindakan Presiden Trump adalah tidak bijak malah menghina umat Islam di seluruh dunia.

“Kami Wanita (UMNO) bersama-sama presiden dan berjihad tentang perkara ini,” katanya.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata Najib telah mengambil ketetapan untuk menolak tindakan Amerika Syarikat itu dan ia mendapat sokongan padu daripada semua perwakilan UMNO.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai turut bersetuju bahawa Trump tidak boleh membuat keputusan semborono, sebaliknya perlu sensitif dengan keadaan di Palestin. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kemajuan projek Littoral Combat Ship (LCS) berada pada tahap memuaskan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd