• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peningkatan E-Dagang Jejaskan Pasaran Runcit

oleh AK-47
17/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemerosotan jualan dalam kalangan outlet runcit serta peningkatan jumlah platform e-dagang boleh menjadi faktor yang menjejaskan prestasi pasaran runcit, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sebelum ini, Retail Group Malaysia (RGM) membangkitkan kebimbangan mengenai jualan dan perbelanjaan pengguna, yang tidak mencerminkan kekukuhan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 6.2 peratus pada suku ketiga 2017.

RGM, yang mengeluarkan Laporan Industri Runcit Malaysia pada Novmber 2017 baru-baru ini, telah menyemak semula pertumbuhan jualan runcit 2017 untuk kali ketiga, kepada 2.2 peratus daripada 3.7 yang diunjurkan lebih awal.

Johari berkata, data pertumbuhan jualan runcit terkini itu mungkin tidak tepat memandangkan penilaiannya adalah bertumpu kepada pusat beli-belah dan rantaian runcit, selain berkemungkinan tidak melibatkan faktor lain.

“Satu daripada faktor yang menyebabkan segmen runcit mencatat pertumbuhan rendah ialah​​​​​​​kemerosotan jualan outlet runcit berikutan lebihan bekalan pusat beli-belah.

“Apabila mengalami lebihan bekalan pusat beli-belah dan setiap (peruncit) terjejas, maka setiap pihak akan mempertikaikan angka (pertumbuhan), bagaimanapun sebenarnya angka itu terpecah (dalam saluran beli-belah),” katanya selepas menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Eco World International Bhd dan United Kingdom-based Be Living Holdings Ltd di sini, hari ini.

Johari berkata, kerajaan akan menilai faktor e-dagang yang menjejaskan segmen runcit, bagaimanapun​​​​​​​keseluruhannya masih mencatakan pertumbuhan yang baik.

Mengenai barangan pengguna yang mahal, beliau berkata, kerajaan masih mengawal keperluan asas dan tidak boleh campur tangan secara langsung dalam rantaian bekalan dan permintaan.

“Kita tidak boleh terus campur tangan…mengenal pasti satu per satu barangan yang mahal. Bagi barangan yang kita tidak boleh kawal harganya, kita akan meningkatkan bekalan (barangan itu) untuk​​​​​​​ menurunkan harga.

“Kumpulan pengguna yang beranggapan ada barangan yang mahal, mereka sentiasa boleh​​​​​​​ melaporkan kepada kita dan kami akan menilainya. Jika harga barang itu tidak berada dalam kawalan kerajaan, maka kita akan mencari jalan​​​​​​​ mengatasinya dan melihat kemungkinan bagaimana kita boleh ​​​​​​​menaikkan​​​​​​​bekalan…menerusi import atau bekalan alternatif,” katanya.

Sementara itu, mengenai jangkaan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disemak semula​​​​​​​ susulan unjuran pertumbuhan lebih tinggi oleh Bank Dunia, beliau berkata, Kementerian Kewangan tidak​​​​​​​ mempertimbangkan perkara itu.

Sebaliknya, kementerian akan terus menumpukan kepada penambahbaikan ke atas pematuhan cukai dalam kalangan perniagaan, katanya.

“Kita mahu kadar pematuhan ditingkatkan bukannya kadar cukai itu. Contohnya, Filipina memulakan GST pada kadar yang rendah dan dari semasa ke semasa kadar itu berada pada 12 peratus namun kadar pematuhan masih rendah.

“Kita tidak mahu lebih ramai pihak enggan patuh kepada pencukaian disebabkan mereka tidak lagi berdaya saing, dan kita juga tidak mahu melihat sebahagian perniagaan patuh kepada GST sebaliknya sebahagian lagi tidak, oleh itu sukar untuk meletakkan mereka pada tahap yang sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ART Malaysia-AS Terbatal, Johari Sahkan Perjanjian Kini ‘Null And Void’

ART Malaysia-AS Terbatal, Johari Sahkan Perjanjian Kini ‘Null And Void’

15/03/2026
0

PETALING JAYA – Perjanjian perdagangan timbal balik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai tahun lalu kini disahkan terbatal...

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

27/07/2025
0

SHAH ALAM: Semua Ahli Parlimen berhak mengemukakan sebarang usul di Dewan Rakyat dan tiada pihak boleh melarang, kata Naib Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd