Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Tidak Patut...

SUNGAI BESAR - Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya menjadikan dendam peribadinya terhadap...

Suami Pemilik Kedai Runcit...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warganegara Pakistan cedera akibat ditetak lelaki dalam kejadian...

Demi Cinta Terhadap Seni,...

SUNGAI SIPUT - Demi minat dan cinta kepada seni lakonan, Muhammad Danish Zakwan...

Kubur Rosak Angkara Babi...

BALING - Tanah Perkuburan Islam di Kampung Charuk Bunting, di sini yang tidak...

Penguat Kuasa DBKL Didenda Sertai Rusuhan Di Kondo

KUALA LUMPUR – Seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didenda RM2,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan menyertai rusuhan sehingga mencederakan seorang pemandu lori di sebuah kondominium, yang videonya tular di laman sosial, awal tahun ini.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Neezam Jelani, 35, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kesnya hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan Pejabat Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan tertuduh untuk menggugurkan pertuduhan ke atasnya.

Sehubungan itu, tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah.

Ketika rayuan, peguam Siti Suraya Abu Hassan yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum dengan alasan tertuduh perlu menyara isteri dan tiga anak yang masih kecil berusia antara 3 bulan dan 8 tahun selain ia merupakan kesalahan pertamanya.

Norhashimah bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
Mohd Neezam didakwa, bersama-sama dua lagi yang masih bebas, telah hadir, menyertai dan berada dalam rusuhan yang boleh mencederakan di pos pengawal Kondominium Puncak Athenaeum, Bukit Antarabangsa, di sini pada 2.30 petang pada 14 Jan lepas.


Dia didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, kejadian berpunca apabila dua mangsa yang menaiki lori, telah melanggar bahagian belakang kereta majikan rakan tertuduh yang diparkir di tepi jalan.

Pelanggaran itu menyebabkan rakan tertuduh berang lalu berlaku rusuhan yang turut disertai tertuduh dan akibatnya, pemandu lori iaitu mangsa mengalami kecederaan.

Rakaman video kejadian itu kemudian tular di laman Facebook. — BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBKL

Kategori