• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Maut Ditanduk Kerbau

oleh Ahmad Albab
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditanduk seekor kerbau di Kampung Paya Tambang, Songsang Temerloh dekat sini, kira-kira pukul 6.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zuhdin Mahmud berkata kejadian berlaku semasa mangsa, Bazarudin Yeop Yahya, 59, membantu rakannya menaikkan kerbau itu ke atas lori untuk dijual.

“Bagaimanapun seutas tali yang digunakan untuk menambat kerbau itu longgar dan difahamkan haiwan terbabit tiba-tiba mengamuk lalu menanduk perut dan memijak mangsa beberapa kali.

“Bazarudin bagaimanapun meminta rakannya dan pembeli kerbau untuk terus menaikkan kerbau itu ke dalam lori sementara dia terbaring di belukar akibat ditanduk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zuhdin berkata rakan mangsa, Mohd Hirmy Abdul Mobin, 31, membawanya balik ke rumah sebelum keluarga Bazarudin membawanya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan.

Bazarudin bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan bedah siasat mendapati punca kematiannya akibat pendarahan teruk di dada serta abdomen berpunca daripada tandukan haiwan.

“Siasatan mengesahkan tiada unsur jenayah berlaku. Jenazah telah dituntut waris untuk pengebumian,” kata Zuhdin. – BERNAMA

Tags: kerbaupengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd