• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didik Pelaburan Utama Pemacu Bangun Negara

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Bidang pendidikan merupakan pelaburan terbesar kerajaan dalam memacu pembangunan negara pada masa hadapan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

Beliau berkata pada sekitar 1950 hingga 1960 sektor pendidikan negara berada pada tahap sederhana berikutan paras kemiskinan penduduk yang tinggi, namun selepas 60 tahun merdeka negara mampu mengorak langkah lebih tinggi sehingga berjaya melakar kejayaan luar biasa.

“Setiap tahun juga, sektor pendidikan tidak pernah gagal mendapat peruntukan yang tinggi daripada kerajaan yang mana untuk 2018 sahaja, sebanyak RM171 bilion telah diperuntukkan untuk sekolah menengah dan rendah.

“Manakala peruntukan sebanyak RM7.4 bilion pula adalah untuk sektor pendidikan tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pemindahan Ilmu Keempat dengan tema ‘Knowledge Translation for National Transformation’ di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak pengurusan universiti disarankan untuk lebih proaktif menjalin dan meningkatkan kerjasama dengan pihak industri menerusi pemindahan ilmu bagi membolehkan trasformasi negara dilakukan.

“Pihak universiti perlu melihat lebih jauh bahawa pemindahan ilmu ini merupakan antara teras yang berfungsi dalam membantu pembangunan negara.

“Ilmu itu tidak mempunyai makna sekiranya ia tidak digunakan bagi tujuan pembangunan masyarakat dan negara. Ia juga tidak hanya berfokus pada aspek pengetahuan dalam bidang teknikal sahaja, namun ia memerlukan pengurusan yang bijak bagi membolehkan keputusan yang tepat dibuat,” kata Raduan.

Kini, negara pada ambang Revolusi Perindustrian Keempat dan era ekonomi digital yang melibatkan teknologi automasi yang memerlukan masyarakat dan negara melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital supaya dapat kekal berdaya saing dengan negara lain, katanya. – BERNAMA

Tags: Prof Datuk Dr Raduan Che Rose
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trend Sebar Berita Tak Pasti Membimbangkan

17/04/2018
0

BACHOK – Trend menyebarkan berita tidak pasti membabitkan kerajaan menerusi media sosial menjelang pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd