• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendidikan Alam Sekitar Akan Jadi Mata Pelajaran

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Sumber Asli dan Alam Seklitar merancang untuk menjadikan pendidikan alam sekitar sebagai mata pelajaran di peringkat tadika hingga universiti menjelang 2019.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu sejajar dengan rancangan kementerian berkenaan untuk menanam sifat menghargai dan memelihara alam sekitar sejak peringkat kanak-kanak lagi.

“Kita kena akui bahawa hari ini, sampah merupakan masalah utama bagi alam sekitar dan ia terlalu besar untuk dipandang ringan kerana negara kita dijangka menghasilkan 30,000 tan bahan buangan setiap hari menjelang 2020. Setiap hari, 3,000 tan makanan yang masih sesuai dimakan menjadi bahan buangan di tapak pelupusan sampah, sedangkan makanan sebanyak itu boleh mengenyangkan kira-kira dua juta manusia.

“Sekiranya tiada tindakan diambil untuk mengubah perkara itu, jumlah sampah akan terus meningkat berikutan peningkatan jumlah penduduk dan pembangunan, terutama di kawaan bandar,” kata Wan Junaidi dalam ucapan alu-aluan pada Persidangan Eko Sekolah Antarabaangsa 2017 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Ismail Ithnin.

Persidangan bertemakan ‘Pengurusan Sampah dan Kesannya Terhadap Alam serta Biodiversiti’ itu, yang dihadiri 71 pelajar dan 27 guru dari 27 sekolah dari Malaysia, Thailand dan Singapura, bertujuan mewujudkan platform bagi pelajar untuk mempamerkan kemahiran dari segi kepimpinan dan meningkatkan keyakinan mereka melalui interaksi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd