• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwa & Aktivis Tarik Balik Rayuan Hukuman Denda

oleh AK-47
15/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membatalkan rayuan pihak pendakwaan dan rayuan silang aktivis hak asasi manusia, Lena Rasathi Hendry terhadap hukuman denda RM10,000 yang dikenakan terhadap aktivis itu atas kesalahan menyiarkan dokumentari yang tidak ditapis mengenai perang saudara Sri Lanka, empat tahun lalu.

Hakim Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat bahawa pihak pendakwaan menarik balik rayuan itu dan juga aktivis berusia 32 tahun itu turut menarik balik rayuan silang terhadap sabitan dan hukuman denda terhadapnya.

Terdahulu, peguam New Sin Yew, yang mewakili Lena Rasathi, berkata, anak guamnya juga bersetuju untuk menarik balik rayuannya kerana beliau kini menyambung pengajian Sarjana dalam jurusan Hak Asasi Manusia di Universiti York di United Kingdom.

“Anak guam saya mahu tarik balik rayuan kerana beliau mahu fokus dalam pelajarannya,” kata beliau.

Zalina pula mengesahkan perkara itu selepas meneliti surat serta cadangan daripada Lena Rasathi dan berkata pihak Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk menarik balik rayuan.

Pada 22 Mac lepas, LenaRasathi didenda RM10,000 atau penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menayangkan filem yang belum diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Lena Rasathi telah membayar denda itu Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu selepas Lena Rasathi didapati bersalah pada 21 Feb lepas kerana menayangkan filem mengenai perang saudara di Sri lanka, ‘No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka’.

Dia yang pernah bertugas sebagai koordinator di Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), didapati melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, di sini, pada jam 9 malam, 3 Julai 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya jika disabitkan.

Pihak pendakwaan kemudiannya merayu terhadap hukuman denda itu dan Lena Rasathi turut menfailkan rayuan silang berhubung hukuman itu. – BERNAMA

Tags: Pendakwaa & Aktivis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd