Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Video: #TakeCare Letak Nilai...

WALAUPUN baharu lima hari sahaja dimuat naik di laman Youtube, iklan Merdeka 2016...

Pencegahan Pandemik Untuk Penghidap...

Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 dengan mendapatkan vaksin, mengamalkan langkah pencegahan jangkitan, dan penjagaan diri yang baik.Seorang wanita menghidap diabetes jenis 2, hipertensi (tekanan darah tinggi) dan obesiti.

Tol Percuma, Diskaun Sabtu...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk memberi tol percuma dan diskaun melibatkan 30 lebuh...

Mustapa Ketuai Delegasi Ke...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed...

‘Penampakan’ Di Fun Fair Port Dickson Jadi Bualan

SEBUAH rakaman video serta beberapa keping gambar yang memaparkan ‘penampakan’ rambut panjang mengurai di sebuah fun fair di Port Dickson menjadi tular di laman sosial, baru-baru ini.

Perkara berkaitan secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan reaksi dalam kalangan netizen sejak dimuat naik beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian oleh seorang netizen bernama Iqin Nordin itu berkata pada awalnya, hadapan budak perempuan berbaju pink bermain roller coaster sambil melambai itu kosong.

Namun menurut Iqin, apabila saudaranya mula mengambil gambar, ada pula ‘seorang’ lagi yang sama bermain dengan kanak-kanak berkenaan.

“Kejadian ini jadi dekat fun fair Port Dickson. Tengok eh betul-betul dalam video ini depan budak perempuan baju pink yang melambai itu, kosong kan? Dia seorang saja dalam train itu.

“Ini bila diorang snap gambar. Dalam train itu dah jadi dua orang. Ada ‘extra’ pula tiba-tiba,” katanya.


“Bagi yang tertanya-tanya, dalam video dia tengah main stereng. Gambar itu snap after train itu pusing balik. Ride bila tengah jalan, diorang tak kan berhentikan selagi tak habis pusing. Beberapa kali pusing tak sure.

For double confirmation, tengok budak belakang baju merah itu budak yang sama,” ujarnya.

Seram sejuk sungguh!

Perkongsian seram itu menjadi buah mulut netizen di media sosial, di mana rata-rata meluahkan rasa takut dan terkejut berhubung insiden itu.

Sehingga kini, insiden itu dilihat telah dikicau semula sebanyak 7,834 kali dan disukai 4,540 kali oleh warga Twitter. – MYNEWSHUB.CC/AM

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hantu

Kategori