• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penamaan KWSP, Ramai ‘Serah Kepada Majikan’

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jika ditanya kepada mana-mana pekerja mengenai simpanan hari tua KWSP, kebanyakannya sedar mengenai peri pentingnya untuk menamakan penerima atau wasi bagi caruman mereka andai ditakdirkan mereka ‘pergi’ sebelum hari tua, malah ramai menganggap ia sebagai ‘tanggungjawab penting’.

Namun apabila unsur seperti polisi, terma, peraturan dan sebagainya diutarakan, tidak ramai dapat memberikan jawapan yang tepat, sebaliknya ramai menganggap ia perkara enteng yang jarang-jarang sekali didengar apa-apa masalah mengenainya.

Muhammad Elyias Omar, 30, perancang kewangan sebuah bank di sini, mengakui kenyataan ini kerana dalam tugasan hariannya, beliau perlu tahu mengenai selok belok pengurusan kewangan dan menurutnya beliau faham benar bahawa ramai yang ditemui mengambil mudah berkaitan soal penama KWSP.

Malah beliau sendiri sedar mengenai pentingnya soal penamaan selepas diberi taklimat semasa baharu memulakan tugas di bank itu kira-kira tujuh tahun lalu, selepas taklimat beliau terus ke pejabat KWSP untuk menguruskan segalanya, termasuk soal penama.

Muhammad Elyias berkata usaha KWSP untuk mengukuhkan lagi pemahaman ahli dan penama mengenai tanggungjawab masing-masing dalam membahagikan harta harus dipuji, malah ia perlu ditingkatkan lagi.

Beliau berkata ada juga individu yang ditemui langsung tidak ambil tahu mengenai perkara itu, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada majikan, atau lebih tepat lagi bahagian Sumber Manusia, untuk menguruskannya.

“Ramai tidak mengambil berat mengenai perkara ini kerana jarang-jarang sekali masalah mengenainya didengar, kerana bagi mereka soal ini ‘tidak kena pada mereka’, tetapi percayalah ia adalah tanggungjawab, perlu diambil tahu, sentiasa dikemaskini di pejabat KWSP dan kemungkinan masalah timbul kepada waris pencarum tidak boleh dinafikan terus begitu sahaja,” katanya.

Bagi Muhamad Fitri Othman, 38, pula semasa dihubungi berkata segalanya diserahkan kepada bahagian Sumber Manusia di kilangnya bekerja, kerana menurutnya adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk mengendalikan perkara itu.

Katanya apabila menyambut kelahiran baharu, beliau tidak lupa untuk memaklumkan kepada bahagian Sumber Manusia mengenainya, dan ketika itu beliau akan diberi borang untuk menamakan bahagian buat warisnya.

Muhamad Fitri berkata pada borang itu beliau dikehendaki menamakan waris-warisnya, di samping berapa peratus diperuntukkan kepada isteri dan anak-anaknya.

Sementara itu seorang lagi pencarum yang dihubungi, Hanaliza Mohd Hassan, 31, berkata beliau faham bahawa hingga kini selepas 16 tahun bekerja, beliau masih belum menamakan penama, dengan alasan ‘tidak ada kelapangan’ untuk ke pejabat KWSP.

Beliau yang mempunyai seorang anak yang berumur 7 tahun berkata, beliau tidak melihat soal penamaan itu sebagai isu besar dan setakat ini beliau belum mendengar isu itu menjadi masalah besar kepada sesiapa.

Presiden Persatuan Kewangan Islam dan Pengurusan Harta Malaysia (AIFiWM) Rohani Mohd Shahir ketika dirujuk mengenai perkara itu berkata pencarum sendiri perlu mengambil berat soal penama dan pergi sendiri ke pejabat KWSP untuk sentiasa ‘ambil tahu’ mengenainya, kerana persoalan itu sebenarnya ‘bukan berkaitan majikan’. – BERNAMA

Tags: KWSPmajikan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Berteraburan Beberapa Letupan Di Kabul

Next Post

Penumpang Uber Parah Bertembung Pacuan 4X4

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan...

Next Post

Penumpang Uber Parah Bertembung Pacuan 4X4

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd