• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Tawau Fokus Pengundi Muda, Atas Pagar

oleh Ahmad Albab
30/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pemuda UMNO Tawau menumpukan usahanya menarik undi generasi muda dan pemilih atas pagar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi memastikan kemenangan UMNO di kawasan itu.

Ketuanya Ariffin Kassim berkata untuk itu, sayap tersebut giat melibatkan golongan berkenaan dalam semua program UMNO.

“Ini juga antara hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya kita mendekati pengundi atas pagar yang dianggap sebagai ‘pengundi boleh dipujuk’ yang boleh menjadi penyumbang undi, di samping undi daripada generasi muda,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penganjuran gunting rambut percuma bersempena Program Kembali ke Sekolah anjuran sayap itu, di sini hari ini.

Katanya antara program yang diadakan ialah khidmat bakti masyarakat termasuk gunting rambut percuma tersebut.

“Januari nanti Pemuda UMNO akan mengadakan program pemeriksaan kesihatan rumah ke rumah dengan bantuan kolej kejururawatan di sini,” katanya yang turut optimis cara itu dapat menyantuni generasi muda dan pengundi atas pagar untuk mendaftar sebagai pemilih.

Beliau berkata pada tahun ini pihaknya berjaya mendaftarkan kira-kira 3,200 pemilih baharu menjelang PRU akan datang. – BERNAMA

Tags: Pemuda UMNOpengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PRN Johor: Kajian BN Mendahului Sokongan 36%, PH 26%, PN 15%

PRN Johor: Kajian BN Mendahului Sokongan 36%, PH 26%, PN 15%

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Kajian tinjauan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijalankan oleh sebuah firma penyelidikan menunjukkan Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd