• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Dibelasah Gara-Gara Cinta Terlarang

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Gara-gara menjalin hubungan cinta dengan isteri orang, seorang pemuda berusia 24 tahun cedera dipukul tujuh individu di sebuah kedai makan di Jalan Berangan, Kluang, dekat sini, Isnin lalu.

Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu turut mengakibatkan ibu bapa mangsa serta teman wanitanya bersama bayi lelakinya berusia setahun cedera masing-masing di mata, kepala, muka dan bahagian hidung.

Pwemuda berkenaan pula mengalami bengkak di mata kanan, retak di lengan kiri dan lebam di beberapa bahagian akibat dipukul menggunakan kayu cota.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang menikmati makan malam bersama keluarganya dan teman wanitanya.

Mereka kemudian secara tiba-tiba didatangi enam lelaki dan seorang wanita yang terus memukul mangsa, bapanya dan teman wanitanya.

Tidak cukup dengan itu, suspek juga cuba memisahkan wanita berkenaan dengannya hingga mengakibatkan kecederaan pada hidung kanak-kanak terbabit, sebelum suspek bertindak membawa lari mangsa, teman wanitanya dan kanak-kanak itu dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona.

Bagaimanapun, susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa, polis telah berjaya menangkap enam daripada suspek berusia antara 16 hingga 53 tahun di sebuah rumah di Taman Melodies, di sini, kira-kira jam 4 pagi semalam. Seorang lagi suspek pula masih bebas.

Polis turut merampas sebatang kayu cota yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa dalam serbuan di rumah berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada masalah keluarga yang mana kesemua suspek merupakan anggota keluarga isteri mangsa yang tidak berpuas hati terhadap keluarga mangsa kerana membenarkan mangsa mempunyai hubungan dengan teman wanitanya yang juga isteri orang yang masih dalam proses penceraian.

“Isterinya itu berniat mahu memisahkan hubungan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohamad, kesemua mangsa telah dibawa Hospital Enche Besar Hj Kalsom, Kluang untuk rawatan manakala suspek pula direman selama seminggu mulai hari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 325/324 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd