Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Jaguh Ski Air Singapura...

PUTRAJAYA – Peningkatan ketara prestasi ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah baru-baru...

Meninggal Dunia 1st Anniversary...

SIAPA kata cinta sejati hanya rekaan semata-mata? Pasangan ini mungkin bakal mengubah persepsi...

Benar Sungguh Naluriku –...

Naluri seorang isteri bagaikan dapat menjangkakan apa yang berlaku, begitulah yang dirasai aktres...

Nilai Barangan Dirampas Cecah...

KUALA LUMPUR - Jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan bekas Perdana...

Pemergian Bapa Tak Halang Ina Cemerlang PT3

JOHOR BAHRU – Ketiadaan bapa tersayang sejak tiga tahun lepas bukan alasan untuk tidak memperoleh keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Malah ia menguatkan semangat Ina Najwa Ruzaidi untuk berusaha dalam mengubah kehidupan keluarganya.

Mengimpikan restoran miliknya sendiri, Ina yakin boleh mencapainya dengan berbekalkan semangat dan usaha.

“Ibu selalu menyokong saya selain kakak juga banyak bantu saya dalam pelajaran. Saya nak jadi usahawan dan buka restoran sendiri nanti sebab saya suka makanan,” kata Ina ketika ditemui Bernama di SMK Mohd Khalid, di sini hari ini.

Ina yang mendapat 7A, 2B dan 1C berminat mengambil aliran akaun dan perdagangan memandangkan kedua subjek itu akan membantunya untuk menceburi bidang keusahawanan.

Bapanya, Ruzaidi Mohd Yusof meninggal dunia kerana penyakit leukimia manakala ibunya, Junaidah Atan bekerja sebagai tukang cuci.

Sementara itu, Nur Sara Jamil yang merupakan seorang atlet judo berkata pembahagian masa antara latihan dan akademik amat penting.


Walaupun aktif bersukan, keseimbangan antara kedua-dua itu penting dalam mencapai apa yang dicita-citakan.

Sokongan keluarga selain guru-guru dan jurulatih antara penyumbang Nur Sara memperoleh 9A 1B dalam PT3.

“Kawan-kawan tingkatan tiga ramai juga atlet judo, kami selalu belajar bersama-sama. Selain kerap berjumpa cikgu untuk mendapatkan maklumat terutama subjek yang saya tertinggal,” katanya.

Nur Sara yang pernah bertanding di peringkat kebangsaan berazam untuk mewakili negara ke temasya Sukan SEA kelak.

Sejumlah 50,004 calon daripada 284 pusat PT3 didaftarkan di negeri menerima keputusan di sekolah masing-masing hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PT3

Kategori