• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Kuala Perlis Disambung Semula

oleh Ahmad Albab
02/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Projek mega pembangunan Kuala Perlis syarikat Kumpulan Tabung Haji Properties (THP) akan disambung semula sebaik urusan melantik kontraktor baharu selesai dalam masa terdekat.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata projek tersebut yang dijadualkan bermula pada pertengahan tahun ini tergendala kerana kontraktor yang dilantik menghadapi masalah.

“Saya dimaklumkan pelantikan kontraktor baharu hampir selesai dan kerja-kerja pecah tanah akan dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas melancarkan Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Siri 2 Kebangsaan peringkat negeri, di sini hari ini.

Projek usahasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dengan THP atas tapak tebus guna pantai Kuala Perlis bernilai RM311.4 juta dirancang dibangunkan dalam tiga fasa selama tujuh tahun.

Pembangunan itu membabitkan pembinaan kompleks beli-belah, hotel 24 tingkat bertaraf tiga bintang, pangsapuri 36 tingkat, kompleks kedai dan pejabat serta kompleks letak kereta bertingkat.

“Projek ini (tempat letak kereta bertingkat) walaupun tidak dapat memenuhi sepenuhnya permintaan pemilik kenderaan terutama pelancong yang ke Langkawi melalui Kuala Perlis, namun keperluan mereka tetap diutamakan,” kata Azlan.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil tahu keperluan pelancong yang memerlukan tempat selamat untuk meletak kenderaan mereka bagi meneruskan perjalanan ke Langkawi.

“Kementerian Pelancongan meluluskan RM20 juta bagi membina kompleks letak kereta bertingkat pada 2013 tetapi Unit Perancang Ekonomi (EPU) setelah membuat kajian semula projek itu, menarik balik peruntukan tersebut pada 2014,” katanya.

Kerajaan negeri melihat peluang tersebut dan berusaha mendapatkan pihak swasta untuk membina kompleks bertingkat meletak kereta dan THP telah menyahut seruan itu kerana melihat keperluan dalam jangka masa panjang.

Katanya bayaran yang dikutip akan digunakan bagi mengurus kompleks tersebut seperti penyelenggaraan, pemeliharaan bangunan dan sistem meletak kereta.

Mengenai Kuala Perlis yang akan sesak pada musim cuti, Azlan berkata kerajaan negeri menyedari masalah tersebut dan membenarkan tapak projek PKENPs yang belum dibangunkan dijadikan tempat sementara meletak kenderaan pelancong.

“Saya berharap orang ramai dan pengusaha letak kereta persendirian lebih bertanggungjawab dan tidak meninggalkan kenderaan mereka di tempat yang tidak dibenarkan kerana menghalang jalan,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga menteri besar ketika berucap melancarkan gotong-royong berkata rakyat seharusnya hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat daripada ancaman nyamuk aedes.

Katanya peribahasa ‘jangan jaga tepi kain orang’ harus diubah kepada mesti jaga tepi kain orang bagi kepentingan bersama seperti menegur jiran supaya membersihkan tempat pembiakan nyamuk.

“Jika seekor nyamuk aedes menggigit seorang pengidap demam denggi, seluruh kawasan boleh menjadi wabak apabila nyamuk tersebut menggigit orang lain dan seterusnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azlan ManPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd (SKTT), Shafiei Ismail, mengesahkan syarikat berkenaan mengeluarkan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd