• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Cipta Penghadang Parkir OKU Guna Kad Akses

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu penelitian sosial mengenai lot parkir khas untuk pemandu orang kelainan upaya (OKU) di tempat awam yang kerap disalahgunakan telah mencetuskan idea kepada sekumpulan pelajar kejuruteraan Politeknik Seberang Perai untuk mencipta sejenis penghadang (barrier) bagi menangani masalah tersebut.

Menurut pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Seberang Perai dan penyelia projek Noor Rafidah Md Osman, inovasi tersebut yang dikenali sebagai OKU Systematic Parking (OSP) merupakan projek akhir tahun yang dipelopori lima orang pelajarnya.

Ia dibangunkan bersama sebuah syarikat automasi swasta, Imantech Sdn Bhd dengan menggunakan teknologi Identifikasi Radio-Frekuensi (RFID) di mana kumpulan sasar hanya perlu menyentuh kad akses kepada alat tersebut untuk menggunakan parkir khas itu.

“Misalnya bagi OKU, mereka boleh menyentuh kad pengenalan OKU mereka pada alat tersebut, kemudian penghadang itu akan jatuh dan membolehkan kenderaan yang dipandu OKU memasukki parkir tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui di pameran inovasi sempena Global Entrepreneurship Community 2017 (GECommunity) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Politeknik Seberang Perai adalah antara universiti dan institusi awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang menyertai pameran dua hari yang bermula semalam.

Rafidah berkata pelajar beliau telah menjalankan projek perintis selama sebulan di sebuah pasar raya di Seberang Perai pada September lepas dan maklum balas yang didapati adalah amat memberangsangkan.

“Ini kali pertama (pameran GECommunity 2017) kami memperkenalkan alat OSP untuk umum. Setakat ini, maklum balas yang kami terima memang positif.

“Malah ada yang mencadangkan supaya alat ini boleh digunakan untuk lot parkir persendirian dan yang disewa, sama ada di bangunan kediaman ataupun kawasan awam,”

Jelasnya penghadang itu boleh dipasang sama ada ditanam ke permukaan lot parkir ataupun diletakkan di atas ramp lot khas tersebut.

Rafidah berkata beliau juga bercadang untuk mendapat sokongan dan kolaborasi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengintegrasikan kemudahan tersebut dalam kad pengenalan OKU supaya inovasi itu dapat memanfaatkan OKU sepenuhnya.

Sementara itu, inovator dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Madya Dr Seri Intan Mokhtar yang mempromosikan produk cuka rambutan, dikenali sebagai ‘Motan’ berkata produk itu dipasarkan tahun ini selepas menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun.

“Setakat ini kami berupaya menjual sekitar 1,000 botol cuka Motan sebulan, sejak kami pasarkan tahun ini,” katanya dan menambah pada masa ini, produk ini hanya dijual di pusat beli-belah maya, Lazada.com.

Seri Intan yang juga Pengarah Institut Penyelidikan Jaminan Makanan dan Pertanian Lestari, UMK berkata beliau memilih untuk membangunkan buah-buahan tropika yang amat digemari ramai itu dalam bentuk cuka memandangkan bekalannya yang banyak dan memiliki pelbagai manfaat dari sudut kesihatan.

“Rambutan mengandungi kandungan mineral yang tinggi seperti kalium dan kalsium, yang memberi manfaat kepada kesihatan kita. Motan ini juga serbaguna.

“Ia boleh dimakan secara terus atau digunakan untuk memasak serta sebagai perasa semula jadi dalam industri makanan,” katanya.

Rafidah berkata penyelidikan awal telah membuktikan cuka rambutan ini adalah antidiabetik dan pasukannya menjalankan satu lagi kajian klinikal untuk menentukan keberkesanan Motan mencegah penyakit kardiovaskular.

“Kami telah menjalankan ujian dalaman serta menghantar produk kami ke beberapa agensi seperti Mardi untuk menguji kandungan nutrisi serta mengesahkan ia halal,” katanya.

Sejumlah 330 pempamer daripada sektor awam dan swasta menyertai pameran itu tahun ini. – BERNAMA

Tags: OKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd