• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Gagal Cabar Pelantikan Ketua Hakim Negara

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus hari ini gagal mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar pelantikan Tun Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara dan hakim tambahan Mahkamah Persekutuan.

Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Azizah Nawawi menolak permohonan kebenaran yang difailkan Abang Ahmad Kerdee dengan alasan isu itu tidak boleh didebatkan kerana pelantikan berkenaan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata hakim itu juga memutuskan bahawa permohonan tersebut tidak melepasi keperluan di bawah peruntukan undang-undang dan mahkamah memerintahkan Abang Ahmad Kerdee membayar kos RM5,000 kepada responden iaitu Md Raus.

Suzana yang bertindak bagi pihak Md Raus berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding yang turut dihadiri peguam Mohamed Hanipa Maidin, mewakili Abang Ahmad Kerdee.

Abang Ahmad Kerdee selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu pada 1 November lepas bagi menuntut deklarasi bahawa pelantikan Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan pada 4 Ogos 2017 di bawah Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah, tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Pemohon juga menuntut agar diberi kebenaran mendapatkan ‘Writ Quo Warranto’ supaya responden menunjukkan sebab dan memberikan pengesahan bagaimana dan apakah asas responden memegang jawatan berkenaan.

Beliau juga menuntut perintah certiorari membatalkan pelantikan responden sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan dan ketua hakim negara, juga perintah injunksi bagi menghalang responden dan atau ejen beliau melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas beliau sama ada sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan atau ketua hakim negara. – BERNAMA

Tags: Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd