• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Main Game, Lelaki Lumpuh Separuh Badan

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANG menjadi kebiasaan bagi kita untuk ‘melekat’ dengan telefon bimbit setelah seharian penat bekerja.

Ada juga yang menghabiskan berjam-jam lamanya menatap telefon semata untuk bermain permainan digital yang dimuat naik.

Namun, tahukah anda bahawa perkara-perkara tersebut mampu menjejaskan kesihatan pengguna telefon bimbit sendiri?

Baru-baru ini, seorang lelaki di China yang dikenali dengan nama Wang telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana lumpuh dan dikatakan berpunca daripada bahagian lehernya.

Menurut portal Sohu, lelaki 40 tahun itu sering bermain permainan digital di telefonnya sehingga dua ke tiga jam lamanya.

Khabarnya, bermain telefon sambil baring merupakan kebiasaan buat lelaki yang berasal dari Chengdu itu untuk melepaskan lelah setelah habis waktu bekerja.

“Sibuk sepanjang hari dan hanya dapat berehat sejam atau dua jam pada tengah hari. Pada waktu malam, saya akan berehat sambil memegang telefon bimbit dua ke tiga jam,” katanya dipetik portal itu.

Namun, malangnya perkara tersebut telah mengakibatkan badannya dari bahagian perut ke bawah tidak dapat digerakkan.

Menurut doktor yang merawatnya, Wang mengalami cervical spondylosis (sakit tulang leher) yang turut menjejaskan tulang belakangnya.

Tambahnya lagi, pekerjaan Wang sebagai seorang pengusaha restoran mi memburukkan lagi keadaan kesihatannya.

Ini kerana tuntutan kerjanya memaksa Wang untuk berdiri dengan lama dan pada masa yang sama menundukkan kepala dan membengkokkan leher.

Menurut laporan portal itu lagi, Wang telah menangguhkan temu janji doktor sekali gus mengakibatkan dia lumpuh separuh badan dengan tiba-tiba.

Bagaimanapun, satu pembedahan kecemasan telah dijalankan dan dilaporkan keadaan Wang semaking pulih.

Namun, doktor tersebut tidak berani jamin jika Wang mampu pulih sepenuhnya akibat penyakit yang ditanggungnya itu. – MYNEWSHUB.CC/SA

* Video sekadar hiasan.

Tags: cervical spondylosistelefon bimbit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasport Malaysia Versi Baharu Tercantik Di Dunia

Next Post

Pemuda Ini Perlukan Undian Rakyat Malaysia!

Related Posts

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

03/09/2022
0

KUALA LUMPUR : Polis selesai merakam keterangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Next Post

Pemuda Ini Perlukan Undian Rakyat Malaysia!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd