• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ong Kim Swee Gugurkan Tiga Pemain B-23

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 23 pemain bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Jan 2018.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan tiga pemain digugurkan daripada senarai 26 pemain yang berlepas ke Mokpo, Korea Selatan pada 17 Dis lalu.

Tiga pemain berkenaan ialah pemain pertahanan, Raphi Azizan Mariappen, 21, yang mewakili PJ Ranger serta dua pemain tengah, Ahmad Khairil Anuar Zamri, 22, (Perak) dan K. Thivandaran, 18, (Pulau Pinang).

“Ketiga-tiga pemain yang digugurkan ini dilihat masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lama. Namun mereka menunjukkan kesungguhan selama berada dalam pasukan ini.

Mereka akan pulang ke tanah air pada Sabtu (esok) tetapi masih perlu bersedia untuk ke China jika terdapat mana-mana pemain dalam senarai 23 pemain mengalami kecederaan sebelum sepak mula perlawanan pertama pada 10 Jan,” kata kenyataan itu.

Sepanjang dua minggu di Mokpo, skuad B-23 kebangsaan telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan menentang kelab tempatan Korea Selatan yang menyaksikan mereka seri 1-1 dengan Mokpo City FC pada 20 Dis.

Anak buah Kim Swee turut menewaskan Honam University 1-0 pada 22 Dis dan seri 1-1 dengan Jeonju Citizen FC pada 28 Dis.

Barisan 23 pemain ini akan berlepas dari Seoul, Korea Selatan ke Nanjing, China pada Sabtu (esok) untuk perlawanan persahabatan terakhir bertemu skuad B-23 Syria di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing pada Jumaat sebelum sepak mula kejohanan.

Sementara itu, bagi kejohanan sebenar, skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu pada 6 Jan bagi menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Jan dan Jordan pada 13 Jan sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Jan.

Jika skuad B-23 kebangsaan muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 20 Jan diikuti separuh akhir pada 23 Jan dan final pada 27 Jan 2018.

SENARAI PEMAIN:

Penjaga gol: Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Haziq Nadzli (JDT), Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Negeri Sembilan).

Pertahanan: Dominic Tan (JDT), Adam Nor Azlin (Selangor), Shivan Pillay Asokan (PKNS), Adib Zainudin (Felcra FC), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Syazwan Zaipol Bahari (PKNP).

Pemain tengah: Syamer Kutty Abba (JDT), Matthew Davies (Pahang), Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Syazwan Andik Ishak (JDTII), Danial Amier Norhisham (Felda Utd), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Tommy Mawat Bada (PJ Rangers), Syahmi Safari (Selangor).

Penyerang: Safawi Rasid (JDT), Kogileswaran Raj (Pahang), Hadi Fayyadh Abdul Razak (JDTII), Akhyar Rashid (Kedah), N. Tanabalan (Negeri Sembilan), Jafri Firdaus Chew (PKNS). – BERNAMA

Tags: Datuk Ong Kim SweeKejuaraan B-23 AFC 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Akan Berjumpa Kim Swee, Exco Sukan

23/07/2018
0

BANGI - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23)...

Kim Swee Pilih Baddrol, Rizal Dan Aidil Zafuan

18/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memilih dua pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd