• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Dibebaskan Pihak Berkuasa Indonesia

oleh Ahmad Albab
30/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Empat nelayan tempatan dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia semalam selepas 11 hari ditahan setelah memasuki kawasan pertindihan sempadan antara Malaysia dan Indonesia, 17 Disember lepas.

Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata kesemua mereka berada dalam keadaan baik ketika tiba di Jeti Nelayan Perdagangan Pontian pada pukul lima pagi tadi.

Menurut beliau, usaha bagi membebaskan mangsa yang ditahan telah membuahkan hasil melalui satu perbincangan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pihak Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL).

“Selepas ditahan, tekong bersama tiga awak-awak itu telah dibawa oleh pihak berkuasa Indonesia ke Tanjung Balai. Semasa dalam tahanan, pemilik bot dapat berhubung dengan tekong dan memaklumkan keadaan mereka semua berada dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kesemua nelayan dikenali sebagai terbabit Koh Tuan Guan, 53; Abdul Rahman Chia, 52; Teo Chin Heng, 49; dan Sani Mohd Sood, 38.

Mereka ditahan oleh pihak berkuasa negara jiran semasa melakukan aktiviti menangkap ikan pada 17 Disember lalu pada pukul 1.30 tengah hari di sempadan perairan Malaysia-Indonesia, kira-kira 10.7 batu nautika dari barat daya, Pulau Pisang, dekat Pontian.

​​​​​​Syed Nor Adli berkata pihaknya akan sentiasa berusaha untuk membantu komuniti maritim dalam memastikan aktiviti mereka selamat ketika berada di laut. – BERNAMA

Tags: NelayanTNI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd