• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafi Penularan Kes Jangkitan Malaria Zoonotik

oleh AK-47
22/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang hari ini menafikan laporan kononnya terdapat 64 kes jangkitan malaria zoonotik yang dirawat di wad pediatrik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, seperti yang tular di media sosial sejak 19 Dis lepas.

Pengarahnya Dr Sha’ari Ngadiman menegaskan bahawa maklumat tersebut tidak tepat dan tidak menggambarkan situasi sebenar jangkitan malaria zoonotik di Pahang.

“Pada 2017 dari Januari hingga 16 Dis lepas, sejumlah 85 kes malaria dilaporkan di seluruh Pahang dan daripada jumlah itu, 77 kes (91 peratus) merupakan kes malaria zoonotik manakala selebihnya lapan kes (9 peratus) kes import jangkitan human malaria,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan jumlah keseluruhan kes malaria zoonotik itu, katanya daerah paling tinggi dilaporkan adalah Lipis sebanyak 38 kes , Jerantut (15 kes), Rompin (6 kes), Temerloh (5 kes), Bera (4 kes), Kuantan (3 kes), Maran (2 kes), Raub (2 kes) dan masing-masing satu kes di Bentong dan Cameron Highlands.

Setakat ini, beliau berkata hanya satu kes kematian malaria dilaporkan di Pahang yang berlaku di daerah Lipis.

Dr Sha’ari berkata jangkitan malaria zoonotik merupakan jangkitan sejenis parasit malaria iaitu Plasmodium Knowlesi yang berasal dari monyet dan disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Katanya jangkitan itu boleh dirawat dengan rawatan menggunakan ubat Artemisinin Combination Therapy (ACT).

Kejadian jangkitan, katanya sering berlaku di kawasan hutan atau pinggir hutan yang terdapat kehadiran populasi monyet yang berkemungkinan menjadi pembawa parasit malaria zoonotik.

Beliau berkata majoriti jangkitan malaria zoonotik berlaku kepada individu yang menjalankan aktiviti di dalam hutan seperti memburu, mencari hasil hutan atau melawat kawasan rekreasi hutan.

Sejak 19 Dis lalu, tular di media sosial kononnya terdapat 64 kes jangkitan malaria zoonotik dirawat di HTAA, dikatakan kebanyakan mangsa mendapat jangkitan setelah melawat kawasan peranginan di Teluk Chempedak yang mempunyai banyak habitat monyet. – BERNAMA

Tags: Kes Jangkitan Malaria Zoonotik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd