• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafi Gambar Bercium, Fatin Tahu Angkara Siapa

oleh AK-47
11/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA pelakon Fatin Afeefa dahulunya terkenal dengan filem kanak-kanak yang bertajuk Tentang Bulan dan bakatnya kini kembali menyinar setelah membintangi drama Red Velvet.

Baru mahu mengecapi kejayaan dalam karier lakonan, timbul pula cerita yang kurang enak didengar yang melibatkan ibu tunggal muda ini.

SONY DSC

Khabarnya, pelakon 23 tahun itu memuat naik gambarnya bercium dengan seorang lelaki di Instagram!

Pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah Shamsudin ini jelas terkejut dengan tuduhan tidak berasas yang melibatkan dirinya itu, sekaligus menafikan dakwaan tersebut.

“Saya tak tahu tentang foto tersebut dan itu bukan saya. Gila ke saya nak buat benda begitu kemudian post di Instagram.

“Sejujurnya, dua minggu lalu saya ada dengar fasal isu ini tapi saya tak tengok lagi gambar itu dan tak tahu siapa wanita mirip wajah saya.

“Seingat saya, hujung bulan lalu, Instagram saya tidak boleh diakses dan hanya boleh digunakan semula pada pagi hari keesokannya. Tetapi, tak ada pula foto cium tersebut, pelik!,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Fatin yakin pihak yang menyebarkan fitnah terhadapnya itu hanya mahu melihat dirinya jatuh.

“Saya rasa ada yang cuba nak jatuhkan saya dengan buat fitnah begini. Saya dah baca gosip tersebut dan kenyataan yang diberi seperti cuba merujuk kepada saya.

“Daripada cerita sumber tersebut, dia seolah-olah tahu di mana rumah saya, apa yang saya lakukan terhadap anak dan sebagainya.

“Saya tahu ini kerja siapa. Tapi tak apa, saya bersabar dahulu. Kalau dia melampau batas, saya tak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah,” ujarnya.

Fatin turut menjelaskan dia tidak terlibat langsung dengan dakwaan yang kononnya dia kini sudah berjinak-jinak dengan dadah sehingga sanggup mengabaikan dua cahaya matanya.

Jelasnya, dia terpaksa menghantar anak-anaknya ke rumah keluarga untuk keluar bekerja dan tidak akan mensia-siakan kerjayanya sebagai seorang pelakon yang baru meningkat naik.

“Disebabkan saya nampak gembira macam tak ada masalah dituduh ambil dadah pula, tak akan saya nak tunjuk sedih setiap saat.

“Saya tinggalkan anak di rumah ibu ketika bekerja. Selesai kerja, saya ambil semula. Saya perlu cari duit untuk mereka, jadi janganlah fitnah dan tuduh saya bukan-bukan,” tambahnya lagi.

Fatin telah berpisah dengan bekas suami yang juga seorang pelakon, Adam Shahz pada Mei lalu selepas empat tahun bernikah.

Hasil pernikahan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: fatin afeefa
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Cover Lagu Sufian, Netizen Merayu Nazim Henti Nyanyi

06/04/2018
0

TIDAK dinafikan semakin hari semakin ramai pelakon kini turut bergelar penyanyi... Tapi, tak semua pelakon mempunyai bakat dalam bidang nyanyian....

Individu Dakwa Fatin Afeefa ‘Caras’ Suami Orang?

14/03/2018
0

BEKAS isteri kepada pelakon Adam Shahz iaitu Fatin Afeefa kembali menjadi topik hangat apabila terdapat individu mendakwa wanita itu menjalinkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd