• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Orang Asli Teruja Mulakan Persekolahan

oleh Ahmad Albab
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Sebanyak 132 murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rual di sini, teruja kerana akan memulakan sesi persekolahan mereka pada minggu hadapan di sekolah baharu yang lebih selesa berdekatan perkampungan mereka.

Seorang murid Romi Zaudi, 11, berkata beliau tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahannya itu bersama rakan-rakannya yang lain.

“Sekolah baharu ini cantik, tidak seperti sekolah lama kami. Kami akan dapat belajar dalam bilik darjah baharu dan akan menggunakan komputer di makmal komputer yang baharu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad merasmikan majlis penyerahan sekolah bernilai RM13 juta itu yang siap pembinaannya pada September lepas, dan turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sekolah berkenaan kini mempunyai 10 bangunan akademik, asrama dan kemudahan asas lain seperti padang permainan dan surau.

Romi berkata mereka juga gembira kerana disediakan sebuah padang yang luas untuk aktiviti riadah dan sukan.

Asikin Osman, 11, pula kelihatan gembira dapat tinggal di asrama baharu yang lebih selesa bersama rakan-rakannya.

“Sebelum ini di sekolah lama, kami juga tinggal di asrama, namun asrama baharu ini lebih selesa yang turut berada di dalam kawasan sekolah yang memudahkan saya dan rakan-rakan lain pergi ke kelas,” katanya.

Seorang penduduk Mohd Rezduan Tokol, 55, berkata sekolah baharu itu akan memberi semangat kepada murid di sini untuk belajar bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

“Saya ada tiga orang anak yang akan memulakan persekolahan di sini iaitu tahun satu, tiga dan enam, saya harap anak saya dan murid lain dapat menggunakan sepenuhnya keselesaan dan kemudahan yang terdapat di sekolah ini untuk cemerlang dalam pelajaran.

“Lepas ini tiada alasan untuk malas pergi sekolah, kemudahan sekolah ini tidak sama seperti generasi terdahulu yang belajar di sekolah lama,” katanya. – BERNAMA

Tags: muridOrang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd