• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model AS, Bella Hadid Kecewa Keputusan Trump

oleh
08/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MODEL Victoria Secret, Bella Hadid dikatakan turut menentang keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Doland Trumpt mengenai pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Bella atau nama sebenarnya, Isabella Khair Hadid, 21 malahan telah memuat naik sekeping gambar menerusi Instagram yang menentang tindakan Trump itu bagaikan orang tidak masuk akal.

“Saya telah menunggu untuk meletakkan kata-kata ini dengan sempurna tetapi saya menyedari bahawa tidak ada yang cara sempurna untuk bercakap tentang sesuatu yang tidak adil.

“Hari yang sangat sedih. Mendengar berita dan melihat kesakitan rakyat Palestin membuat saya menangis untuk banyak generasi Palestin.

“Saya lihat kesedihan bapa saya, sepupu dan keluarga di Palestin serta nenek moyang buatkan saya tak kuat untuk menulis.

“Jerusalem (Baitulmaqdis) ialah rumah untuk semua agama. Layanan terhadap penduduk Palestin sangat tidak adil! Janganlah ada kebencian terhadap sesiapa pun.

“Kawan-kawan rapat dan saudara saya juga orang Yahudi. Perkara ini telah bawa kita lima langkah ke belakang, yang akan menjadikan lebih sukar untuk hidup di dalam dunia yang aman,” tulisnya.

Bapa Bella, iatu Mohamed Hadid, 69 telah lahir di Nazareth serta membesar dekat Syria dan Lubnan sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 14 tahun.

Selain Bella, adiknya iaitu Gigi Hadid juga merupakan seorang model pakaian dalam Victoria Secret.

Sebelum ini, Bella menyifatkan bahawa dia merupakan seorang ‘proud Muslim‘ kerana pernah membincangkan kepercayaan agama Islam serta pengalaman bapanya sebagai seorang pelarian.

Sebagai penduduk asal yang pernah menetap di Syria dan turut mempunyai saudara di palestin, Mohammed Hadid turut merasai kesedihan serta menyuarakan kemarahannya di akaun Instaram miliknya.

https://www.instagram.com/p/BcXuqPYDKqO/?taken-by=mohamedhadid

“Hari paling sedih dalam hidup saya sebagai rakyat Palestin Amerika dan kepada semua rakyat Palestin yang telah menderita akibat penjajahan Israel,” tulis Mohamed di akaun Instagram miliknya.

Tambah Mohamed, perbuatan Trump yang telah membuat pengisytiharan itu merupakan perampasan kota suci Baitulmaqdis kepada Israel itu bagaikan modal bagi mereka.

“Ini bukan hak berkaitan isu tanah, Tetapi apa lebih parah ialah semua pemimpin Arab telah ‘jual’ kami dan mereka sangat tidak ada rasa malu! Tanah Palestin untuk rakyat Palestin!” tambahnya lagi.

Namun, gambar yang dimuat naik oleh Bella itu telah dikunci ruangan komennya dengan tunjuan tidak mahu ada komen negatif yang mungkin akan membawa kepada perbalahan peminatnya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Bella HadidmodelPresiden Amerika Syarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd