Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Buat Kenyataan...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan polis hari ini selepas...

Syakila Bangga Diberi Peluang...

PUTRAJAYA - Diberi penghargaan sebagai pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Asia Jakarta -...

Lebih 2 Juta Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.14 juta kenderaan memenuhi lebuh raya pada Ahad, di...

Puad Akan Tuntut Ganti...

Puad Akan Tuntut Ganti Rugi Daripada Perdana Menteri

Mintak Kerja Jadi Pembantu, Upiak Kena ‘Mandi’

NAMA Upiak Isil mula dikenali pada bulan lalu selepas lagu Tak Tun Tuang nyanyiannya mencetuskan fenomena di negara kita.

Menurut penyanyi berusia 32 tahun itu, lagu berkenan sudah pun dihasilkan pada tiga tahun yang lalu namun baru tular tahun ini sehingga turut diminati di Thailand!

Lagu Tak Tun Tuang itu sbenarnya diilhamkan daripada ‘perangai’ Upiak sendiri yang tak suka mandi!

Siapa sangka, tabiat malas mandinya itu menjadi punca rezeki untuknya pula.

Tapi apa yang melucukan sekali ialah ada satu video yang dimuat naik di akaun YouTube MVM Music, kelihatan vokalis kumpulan Radja, Ian Kasela sedang ‘memandikan’ Upiak!

Video tersebut menunjukkan kononnya Upiak mahu memohon pekerjaan di rumah vokalis berkenaan di Jakarta, Indonesia.

“Upiak mahu tinggal di sini. Tak tinggal dekat sini, kerja pun jadi lah. Upiak boleh bersihkan semua tempat, cuci pinggan pun boleh,” katanya di dalam video tersebut.

Pandai pula Upiak ni berlakon ya konon sangat nak mintak kerja.

Kalau tak silap, tujuan Upiak berkunjung ke rumah Ian ialah untuk merakamkan lagu cover bersama-sama.


Lagipun Ian ada membuat satu lagu cover Tak Tun Tuang versinya sendiri dengan menukar tajuk dan lirik lagu tersebut menjadi Jangan Laki Orang.

Ian juga ada memuat naik beberapa video di akaun Instagram dan YouTube miliknya menunjukkan dia sedang menyanyi bersama Upiak.

“Macam mana kamu nak bersihkan rumah saya kalau kamu sendiri tak bersih? Ini mesti datang ke sini belum mandi lagi kan?” soal Ian yang tahu bahawa Upiak sangat ‘malas’ untuk mandi.

Dalam situasi mereka yang sedang berada di tepi kolam itu, Ian terus mengambil peluang keemasan tersebut untuk menolak Upiak masuk ke dalam kolam di rumahnya.

Bukan main seronok Upiak dapat ‘mandi’! Siapa sangka walaupun sudah 19 tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian, baru tahun ini usahanya membuahkan hasil!

Mungkin lepas ni Upiak bakal berduat dengan kumpulan Radja pula? Walaupun rezeki Upiak untuk membina nama dalam industri seni agak lambat tapi itu tidak membuatkan dia berputus asa ditambah pula selepas bercerai dengan bekas suami kerana tidak menyokong kerjayanya.

Semoga lepas ini nama Upiak akan lebih dikenali bersama dengan karya berkualiti olehnya. –MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori