Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

3 Lelaki Didakwa Bunuh...

SEREMBAN - Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan...

India Mulakan Pelaksanaan GST...

NEW DELHI – India hari ini memulakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)...

FAMA N.Sembilan Anjur Fiesta...

SEREMBAN - Orang ramai berpeluang mengunjungi Fiesta Bunga dan Orkid yang menawarkan harga...

Peruntukan RM25 Juta Bantu...

SERI KEMBANGAN - Sejumlah RM25 juta akan disalurkan ke dalam Skim Mikro Kredit...

Miliki Beg Mewah Tiruan, 3 Warga Bangladesh Dijel

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki rakyat Bangladesh dihukum penjara masing-masing enam bulan selepas gagal membayar denda RM24,800 dan RM12,700 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki pelbagai jenis beg mewah tiruan, Isnin lepas.

Hasan Md Ashraful, 21, Md Saiful Islam, 25 dan Md Mizanur Rahman, 32, dijatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Terdahulu, Md Saiful menangis teresak-esak ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dan tangisannya bertambah kuat hingga Wan Mohd Norisham memintanya jangan menangis.

Namun, ketiga-tiga tertuduh dilihat bertambah emosi ketika merayu kepada mahkamah untuk mengurangkan hukuman sehingga terpaksa ditenangkan anggota polis mahkamah.

Mahkamah menjatuhi hukuman denda RM24,800 kepada Hasan dan RM12,700 masing-masing kepada Md Saiful dan Md Mizanur atau dipenjarakan selama enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Mereka tidak membayar denda tersebut.

Hasan menghadapi tiga pertuduhan iaitu memiliki 124 pelbagai barangan termasuk beg tangan dan dompet tiruan berjenama Gucci, Louis Vuitton dan Chanel bagi membekalkan barangan berkenaan di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang di sini pada 11.35 pagi, 18 Dis lepas.

Md Saiful dan Md Mizanur pula didakwa bagi tiga pertuduhan memiliki 127 barangan tiruan di tempat, tarikh dan masa sama.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(2)(B) akta sama yang memperuntuk hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan dengan perihal dagangan palsu atau dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.


Terdahulu, mereka yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman denda yang ringan dengan alasan mereka baru sahaja bekerja dua hari di situ.

“Saya memohon maaf, saya tidak tahu pekerjaan saya itu salah,” kata seorang daripada mereka.

Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Nurul Azlina Mohamad Yusof memohon hukuman berat dikenakan terhadap ketiga-tiga tertuduh dengan mengambil kira keseriusan kerajaan menangani kes-kes barangan tiruan ini.

“Kes-kes sebegini sekali gus menjejaskan ekonomi negara kerana lokasi kejadian itu merupakan kawasan tumpuan pelancong,” katanya.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota KPDNKK membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan mendapati ketiga-tiga tertuduh memiliki pelbagai barangan palsu. – BERNAMA

Kategori