• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Bukan Parti Inklusif Kaum India – Subramaniam

oleh AK-47
23/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – MIC bukan sebuah parti eksklusif untuk kaum India beragama Hindu semata-mata, sebaliknya sebuah parti inklusif bersandarkan kepelbagaian kaum dan agama dalam kalangan anggotanya.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata selaras dengan konsep 1Malaysia dan bersatu di bawah kepelbagaian yang dipegang di negara ini sejak sekian lama, MIC juga mempunyai anggota berketurunan Telegu, Malayalam dan Sikh yang beragama Islam, Kristian serta lain-lain agama.

“MIC mempunyai sifat inklusif yang mana kita terima kepelbagaian daripada sudut agama, bahasa dan budaya di bawah payung besar MIC.

“Malah, kita lihat lapisan pemimpin kita sejak MIC ditubuhkan adalah daripada pelbagai keturunan. Kadang-kadang kita lupa sejarah itu, maka kita kena ingatkan,” katanya di sini malam ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Krismas MIC peringkat Melaka di sini, dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Dr Subramaniam berkata MIC sentiasa menyokong kepelbagaian dalam kalangan anggotanya, malah pernah mengadakan majlis untuk meraikan kepelbagaian itu.

“MIC pernah adakan majlis berbuka puasa di peringkat kebangsaan dan sembahyang tarawih di Ibu Pejabat MIC…majlis sambutan Krismas seperti ini juga kita adakan selain pelbagai perayaan lain di negara kita,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata sejak sekian lama MIC membuktikan bahawa parti itu merupakan faktor penting dalam usaha menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

“Cara dan mekanisme dalam menyatukan semua ini perlu kita wariskan kepada anak cucu kita supaya generasi akan datang boleh teruskan keharmonian yang dikecapi kini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

Johor, Selangor Dipilih Perintis Projek ENPHC

29/10/2017
0

SEGAMAT - Johor dan Selangor menjadi perintis projek Pengukuhan Penjagaan Kesihatan Primer (EnPHC) yang menyimpan rekod perubatan rakyat membabitkan 20...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd