• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Agih 2,900 Kasut Sekolah Kepada Pelajar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 2,900 pasang kasut sekolah hasil daripada Kempen Derma Kasut anjuran MCA negeri, diagihkan kepada pelajar kurang berkemampuan di daerah ini.

Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon berkata hasil kutipan derma yang dilancarkan pada 22 hingga 28 Dis lalu berjaya memperoleh RM101,000, sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Kempen ini mendapat respon positif daripada pelbagai pihak terutama masyarakat, yang memberi sokongan dan sumbangan untuk mencapai sasaran tersebut.

“Hasil perbincangan bersama syarikat kasut Bata, mereka turut bersetuju menawarkan diskaun 25 peratus bagi setiap pasang kasut sekolah yang dibeli,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pemberian Kasut Sekolah di sini hari ini.

Chong berkata pelajar yang terpilih kebanyakannya daripada keluarga penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan zakat yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan negeri.

Beliau berkata pelajar terlibat boleh membuat pertukaran warna atau saiz di semua kedai Bata berhampiran beserta kotak untuk melakukan sebarang pertukaran tanpa dikenakan sebarang bayaran, jika terdapat sebarang perubahan.

“Dengan sokongan yang baik daripada semua pihak, saya berharap pada tahun hadapan kita dapat meneruskan inisiatif ini bagi mengurangkan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak,” katanya. – BERNAMA

Tags: DERMAMCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd