• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Warga Filipina Ditemui Dengan Kesan Tembakan

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang lelaki warga Filipina ditemui mati dengan lapan kesan tembakan di badan di kawasan berhampiran sebuah dewan Kompleks Perladangan Datuk Musa, Ladang Seraya, Kalabakan dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata anggota Balai Polis Kalabakan menerima panggilan daripada pengawal keselamatan Ladang Seraya memberitahu menemukan satu mayat lelaki dalam keadaan terbaring di kawasan luar penjuru sebuah dewan kira-kira pukul 9 pagi.

“Kira-kira pukul 8 pagi, seorang penyelia yang sampai di lokasi kejadian untuk memberi taklimat rutin kepada pekerja ladang telah menemui satu mayat lelaki dan memaklumkan kepada pengawal keselamatan sebelum pengawal menghubungi Balai Polis Kalabakan,” katanya dalam kenyataan di sini,hari ini.

Menurut Fadil, polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati lapan kesan tembakan pada badan mayat.

“Tidak ada kesan kecederaan lain dan mangsa dipercayai ditembak menggunakan senapang patah atau shotgun,” katanya sambil mendedahkan bahawa mangsa itu berusia 21 dan dipercayai berasal dari Jolo, Filipina serta baru empat bulan bekerja sebagai buruh kasar ladang dan tinggal bersama saudara di kawasan rumah pekerja ladang di Ladang Seraya.

Fadil berkata berdasarkan keterangan saksi iaitu penyelia mandur mengesahkan mangsa keluar malam tadi kira-kira pukul 8 malam dipercayai ke rumah rakan untuk menghadiri majlis jamuan dan pada pukul 10 malam mangsa belum balik sehingga mayatnya ditemukan.

Menurut Fadil, pihak polis masih menyiasat motif kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

24/07/2025
0

KOTA BHARU: "Kami sentiasa rindukan mummy sejak tiga tahun lalu dan sentiasa berdoa supaya orang yang membunuh mummy ditahan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd