• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Lama Di India Usang Kurang Penyelenggaraan

oleh AK-47
15/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Masjid Jama, masjid yang dibina pada abad ke-17 dan terkenal sering dikunjungi ribuan jemaah serta pelancong setiap hari, kini semakin usang kerana dalam struktur utama bangunan mula retak dan perlu dibaiki segera.

Sebahagian daripada struktur dalaman masjid ikonik itu mulai runtuh dan dinding diresapi air, lapor akhbar Hindustan Times pada Khamis.

Imam masjid, Syed Ahmed Bukhari berkata, beliau telah menulis surat kepada Pejabat Perdana Menteri dan Kajian Arkeologi India (ASI), yang bertanggungjawab untuk mengekalkan monumen bersejarah itu.

“Saya memaklumkan kepada pejabat Perdana Menteri dan ASI, kekurangan penyelenggaraan menyebabkan kerosakan kekal khususnya, ruang doa utama dan tiga kubah yang perlu dibaiki segera,” kata Bukhari kepada akhbar itu.

Setiausaha Agung Majlis Penasihat Masjid Jama Delhi, memberitahu Bernama, ribuan kepingan batu dari struktur utama bangunan jatuh.

“Sekiranya tidak dibaiki segera dalam masa terdekat, bangunan masjid mungkin tidak dapat bertahan,” katanya.
Kerja-kerja membaik pulih utama kali terakhir dijalankan antara tahun 1955 dan 1965.

“Disebabkan kerja-kerja baik pulih itu, masjid tersebut mampu bertahan lama, justeru kerja pemulihan sama diperlukan sekarang untuk membolehkan masjid bertahan 80 hingga 100 tahun lagi,” kata Syed Tariq.

Masjid Jama adalah yang terbesar di India dan satu daripada monumen era Mughal era serta dibina semasa zaman pemerintahan Shah Jahan pada 1656. – BERNAMA

Tags: Masjid Jama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd